Tuesday, February 14, 2006
Hamparan DugaanMu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..

Agak lama saya biarkan ruang ini kosong..Atas sebab keletihan berulang alik ke Kuala Lumpur dan juga atas alasan kemalasan yang bermaharajalela..Dalam lewat dua minggu ini saya tidak berapa sihat sebenarnya. Walau pada zahir biasa sahaja..hakikat rohani saya tidak berapa sihat.Saya selalu rasa berdebar-debar..tangan menjadi sejuk..gelisah yang berpanjangan..tidur selalu terjaga..dan menjadi kesejukan yang teramat waktu tidur.Semalam saja beberapa kali saya terjaga kerana kesejukan yang teramat hingga menggigil..jiwa terlalu kosong.Terjaga lewat 3 pagi saya bersolat minta ditenangkan hati..mungkin terlalu banyak perkara dunia yang saya fikirkan.
Kebiasaan saya adalah penceria suasana rumah.Tapi kini saya seorang yang terlalu pasif di rumah.Masa terlalu banyak dihabiskan di bilik sendirian..menatap buku atau majalah..menghadap pc berjam-jam..begitulah saya sekarang.Kalau sebelumnya saya akan ke Taman Polo seawal pagi untuk berjogging dan senam robik..tapi sekarang segalanya bagai tiada semangat lagi.Badan terlalu lemah saya rasakan.Tidak banyak komunikasi saya antara ibu dan ayah..Saya sendiri risau juga sebenarnya..kenapa dengan saya….??? Apa yang bermain di fikiran sekarang..saya perlu lakukan sesuatu..cari pakar motivasi..tingkatkan semula semangat yang hilang..mungkinkah kerana terlalu banyak perkara yang saya harapkan tidak tergapai lalu begini natijahnya..atau saya sudah berputus asa dengan dugaan yang diberi..teringat pada kata seorang kenalan maya saya..yg saya gelar Umii..katanya “ Allah menduga hambaNYa atas kemampuan hambaNya..” Ahh..baru sedikit diuji sudah mengaku kalah sendiri!!

-Aku hampir kalah dengan Hamparan DugaanMu..!

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 3:33 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Sayang yang Hilang..
Hakikat Sebuah Cinta
Tempat Ku Bukan Di sini..
Kacau Bilau..
Seanjak Usia..
Warkah Dari Hawa Untuk Hawa..
Yang Pergi Kenangan,Yang Datang Harapan..
wanita idaman..
Ramadhan Menjelma lagi..
Kami merindui mu..


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics