Thursday, November 17, 2005
wanita idaman..


Wanita yang ku sayangi,
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir..

Wanita yang ku rindui,
Adalah wanita di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut kecil hatinya
Sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang ku cintai,
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang ku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hati ku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Wanita yang ku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar dengan apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda

Wanita yang ku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangn di belakang hari

Sesungguhnya....
Wanita yang selalu
Berada dalam doa ku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawa

Jadilah kita Wanita Mujahidah Yang Diimpikan Itu...!!!

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 3:47 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Ramadhan Menjelma lagi..
Kami merindui mu..
Nanar di Hati..
Petua Hidup Berkeluarga
Klimaks Kesabaranku..
Seorang Gadis Itu..
Maksud firman Allah S.W.T. :"Katakanlah kepada wan...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Kecamuk Hati
Sayangnya Allah pada wanita..


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics