Seusai Usia Senja..
Baru kesempatan menjenguk blog. Sedikit catatan ingin di kongsi malam ini..sebenarnya baru sampai dr kampung menziarahi atuk dan opah di kampung..tercalit riang di wajah yang bergaris seribu menyambut kedatangan anak dan cucu..dalam hati berkata sendiri.." Sonok benar Opah kami pulang.." sejak kebelakangan ini kami kerap pulang ke kampung menziarahi mereka..tampak benar semakin uzurnya mereka kini..kalau dulu masa tenaga masih kuat..tangan itu jugalah yang pernah mendodoikan aku bersama alunan zikirnya yg tersendiri..aku pernah dibesarkan di kampung seketika dulu memandangkan mak masa itu bekerja dan tiada untuk menjaga kami ( saya dan kakak ) Bergegas opah ke dapur menanak nasi..sangkanya kami bermalam di kampung..tapi memandangkan banyak urusan di rumah belum diselesaikan kami tidak bermalam di rumah opah..waktu makan, perut masih kenyang..opah terlalu beriya-iya mengajak makan bersama..mahu tak mahu makan sedikit demi menjaga hatinya..
Apa yang aku perhatikan..opah banyak bercerita itu dan ini..dan meluahkan itu dan ini..emak seperti biasa menjadi pendengar setianya..dan apa yg aku perhatikan juga..pada usianya begini opah terlalu perasa. Kalau ada yg tak kena dia mudah aje terasa. Contohnya bila aku tak mahu makan..opah dah mula berubah air mukanya..dan bila ada anak menantu yang tak balik menjenguk..perasaannya mudah sangat tersinggung..katanya.. "aku dah tua..takde siapa yang peduli lagi pada orang tua macam aku ni.." Sebak pula mendengarnya..Niat di hati..selagi opah ada..aku akan gunakan seusai waktu senjanya sebaik mungkin..penuhi mana yang termampu menyenangkan hati mereka..bukan semua org berpeluang marasai hangat kasih seorang opah dan atuk..mengenangkan layanan yang diberikan walaupun kudrat tidak sedaya mana lagi..membuatkan rasa kasih terlalu kuat buat mereka..tidak mahu rasanya kehilangan insan yang aku sayangi ini..Ya Allah..berkati hidup mereka ini..kau berikan mereka kekuatan untuk terus menjalankan tugas sebagai hambaMu..sebagai pengisi usia senja yang bila-bila masa saja akan Kau jemput menghadapMU..
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:35 PM
Friday, January 14, 2005
Rasulullah s.a.w menjanjikan 'thuba' (kebahagiaan) bagi anak-anak soleh yg. suka berbakti dan melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Kebahagiaan dia atas dunia lagi, bahkan kebahagiaan yg hakiki di syurga nan abadi. Kebahagiaan yang tidak boleh dijual beli. Kebahagiaan anugerah Rabbul 'Izzati. Hidup yg bahagia adalah hidup yang penuh kedamaian dan ketenangan, tiada kecelaruan, keserabutan dan ketegangan. Inilah kebenaran hidup anak-anak yang soleh dan solehan..
Martabat Ayah Bonda
Ibu bapa adalah peyebab lahirnya kita ke dunia ini. Mereka insan yang sangat mulia dan berjasa. Tanpa mereka siapalah kita. Mulianya mereka sehingga Allah s.w.t telah meletakkan redhaNya ke atas setiap hambaNya berdasarkan redha kedua-dua ibu bapa. Manakala kemurkaan Allah adalah berdasarkan kemurkaan mereka juga..
Kebaikan Yang Dituntut
Melakukan kebaikan kepada ibu bapa itu dituntut sebanyak-banyaknya, baik di dalam kata-kata, doa, perbuatan mahupun sikap, sama ada ibu bapa kita masih di kandung hayat atau sudah meninggal dunia. Tidak kira sama ada mereka seorang muslim atau bukan. Firman Allah taala:"...dan Tuhanmu ( Allah ) telah menetapkan bahawa janganlah ( kamu ) menyembah melainkan kepada-Nya dan kepada kedua-dua ibu bapa hendaklah berbuat baik".
Ganjaran Anak Soleh
Antara kebahagiaan bagi ibu bapa yang terbukti di dunia lagi ialah Allah s.w.t menganugerahkan kepada mereka anak-anak yang soleh dan solehan, sebagaimana mereka pernah menjadi anak yang soleh dan solehan kepada kedua-dua ibu bapa mereka..
* Tanpa mereka yang bergelar ayah dan ibu kita tiada di sini..
Anugerah Kebahagiaan..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:16 PM
Thursday, January 13, 2005
Ermm..malam ni hati aku sebak..terlalu byk imbauan silam yg menjelma tiba-tiba..dan dari terjahan kenangan itu aku mengutip kekuatan..mengumpul pengalaman..menjadi pengajaran dalam hidup..terlalu berat utk aku musnahkan..apa yg terpendam di lubuk hati ..entahla..bila agaknya semua itu akan terpadam..bukan mendemdam..cuma terkilan yg amat sgt..TUHAN..hanya kepada Mu hamba Mu ini menyerah segalanya..Engkau maha mengetahui..baik yg tersurat mahu pun yg tersurat..
Mimpi Yang Tak Sudah..

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan yang bernama pengalaman
Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
** : Kau bayang-bayang Masa nan silam
** : Kau bayang-bayang Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah ...
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 10:43 PM
Terharu rasanya..terima kasih tak terhingga pada kak aini..sbb bersusah payah buatkan blog ni utk fizah..susah payah akak carikan gambo yg lawo ni..pastu takleh masuk laa..penin pala gak kak aini cari apa punca masalahnya..rupanya salah login..Terima kasih sekali lagi..mudahan Allah berkati insan berjiwa murni dan Ikhlas ini..
Terima Kasih..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 3:48 PM
Monday, January 10, 2005
assalamu`alaikum..
akak dah godeh-godeh sikit. lepas tu minta filza tolong activatekan account photo bucket (akak guna e-mail filza untuk create satu account) - untuk upload gambar tulip background tu. akak guna linking dari acc photobucket akak ni. nanti fizah dah activate tolong bagitahu akak, akak akan tukar setting template
shoutbox pun akak dah register (ala, kotak menjerit tepi tu). kalau fliza nak configure sendiri pergi kat http://myshoutbox.com . login : 230917 password sama dgn password awak guna okay
hope you like it
+ kak aini @ mardhiah12
hope you like this