Demam..Demam..Demam..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Lama tak update blog..tak sempat dengan urusan penginapan Kejohanan Tunas Harapan Pingpong Kebangsaan..OT sampai kui 12 mlm..kerja pada jumaat dan sabtu (hari minggu di sini) dan saya kembali ke pejabat pada pagi Ahad dengan tekak yang perit, badan yang suam-suam panas..kadang-kadang sejuk..kepala yang pusing-pusing..pagi ahad yang melesukan saya..Saya gagahkan juga kerana urusan pada hari ini terlalu byk. Cuma ke Klinik kesihatan untuk mengambil ubat. 7.45 pm ahad baru saya pulang ke rumah. Malam yang menyeksakan saya hari itu. Seluruh anggota badan saya memberontak..pasang surut sejuk badan saya berombak..kejap panas..kejap sejuk..tekak kering kesat..sendi dan urat sakit-sakit..semuanya membuatkan saya tidak lena walau sepicing..Pengalaman pertama saya bekerja dan hidup sendiri tanpa keluarga..dan SAKIT..Pagi Isnin..saya gagahkan diri memandu ke klinik kesihatan untuk mengambil cuti sakit..Hari ini saya kembali bekerja walau belum pulih sepenuhnya. Berselisih dengan Dr yang merawat saya di Punch Card..dia bertanya khabar.." Dah sihat ke..?" " Alhamdulillah..gagah-gagahkan jugalah ke opis.."
Alhamdulillah..saya masih mampu bekerja hari ini..ujian Allah untuk mengingatkan saya sebenarnya..sakit..