Thursday, December 29, 2005
Warkah Dari Hawa Untuk Hawa..

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah .Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu , andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki , jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya . Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jadilah seperti Sumaiyah yang mengoncang dunia mencipta sejarah . Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, mengetar hati kaum adam jangan hawa jangan kerana aku sukar menerimanya …dan aku benci mendengarnya…

Dari hawa untuk Hawa.


~dipetik dari laman Raudhah

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:50 PM

Wednesday, December 28, 2005
Yang Pergi Kenangan,Yang Datang Harapan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..

Allahamdulillah..Masih teguh berdiri melewati sisa-sisa 2005 yang bakal pergi..membawa bersama catitan dan rentetan perjalanan seorang hambanya yang kerdil.Apa yang pasti 2005 banyak mematangkan saya tentang sebuah pengorbanan dalam kekeluargaan..nilai kekuatan dalam sebuah persahabatan..dan 2005 juga memberi saya ruang melihat nilai-nilai kemanusiaan yang dipegang dan diamalkan manusia kini..rata-ratanya mengecewakan saya..Namun,kecelaan..ketidaksempurnaan itu adalah lumrah yang seharusnya perlu diperbaiki dari terus tercela dan tidak sempurna..saya melihat sebagai satu titik perubahan dan satu garis iktibar moga diri tidak terjerumus dalam nilai diri yang membawa kebencian oleh manusia-manusia lainnya.
Membiarkan ruang-ruang entry kosong begitu sahaja sebenarnya kerana saya begitu teruja melewati blog-blog sahabat-sahabat sehingga blog sendiri tidak diisi..dalam masa yang sama tidak punya ceritera menarik untuk dikongsi..kalau adapun hanyalah sekadar berkisar masalah peribadi yang bg saya adalah hanya untuk peribadi.
Hari ini, tugasan saya dan rakan-rakan saya selesai di sekolah itu..tiada lagi tanggungjawab yang belum dilangsaikan..serasanya semua telah saya sempurnakan.tika org lain bersenang lenang bercuti..kami memerah tenaga ( fuhhh..cam keja bendang lak ) bekerja meninggalkan kesan bahawa kami pernah menabur ilmu di sini..bukan tujuan kami untuk meminta balasan tapi cukup sekadar untuk di kenang..Ada hikmah disebalik tugasan kami sepanjang cuti sekolah ini..walau pada mula hati masing-masing tidak sepenuhnya ikhlas..tapi akhirnya kami temui titik rahsia di situ..hati kami bersatu si sini.Reja-reja waktu itulah mendekatkan kami..mengeratkan kami..menguatkan lagi ukhwah kami..indah..kami lalui segalanya dengan begitu Indah sekali..Ukhwah itu INDAH bila ianya bertaut Kerana Allah..Buat kakak-kakak ( saya paling muda antara gstt perempuan disitu) kalian hebat dihati saya..ukhwah yang terjalin begitu terkesan..kekuatan ribat ini harapnya tidak hanya disini..ada rezeki bertemu kita kembali di sini..- Kak Laina, Kak Zimah, Kak Ain, Kak Chah, Kak Azzila dan Farid..Doa saya sentiasa bersama kalian..Moga hidup mendatang penuh cemerlang sebagai hambaNya yang taat dan Insan yang bermanfaat..
Sinar 2006..bakal menjelma..tidak banyak yang saya dambakan.Azam saya tahun ini..saya mahu MEMBERI. Ya memberi..tidak lagi hanya mahu menerima..mengharap..tetapi cuba memberi yang terbaik untuk semua..semua yang bakal terlibat dalam hidup saya yang mendatang..JIka sebagai pendidik..saya mahu memberi seberapa baik mungkin..jika sebagai anak saya mahu memberi seberapa ketaatan yang mampu..dan jika sebagai hamba,Sepenuh kepatuhan UntukNya..InsyaAllah


~Yang Pergi Kenangan..Yang Datang Harapan~

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 9:25 PM

Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Dingin..
Muhasabah diri..
Kenapa yerk...???
Berpeleseran
Kecoh Laaa..Minah Ni..
Demam..Demam..Demam..
Lunch Time..
Clearance..
Belajar..belajar..belajar..
Perjalanan Kehidupan Baru


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics