Dingin..
Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Penyayang..

Sejak kebelakangan ni macam-macam perasaan, peristiwa, berlaku..lepas satu-satu saya hadapi. Berlawan dengan emosi. Terpaksa dikawal..Saya tak tahu apa sebenarnya "punca" terjadinya keadaan "Dingin" ini..Lantas saya amik langkah biar bersendiri dari hiruk pikuk bicara. Biarlah apa pun tanggapan terhadap perubahan sikap saya sekarang..Sombong...?? Berlagak?? ikutlah apa pun. Manusia tidak pernah puas dalam menilai. Sepatutnya dari awal lagi saya harus begini. Saya akui disinilah kesilapan saya. Saya cuma mahu mewujudkan kemesraan sesama mereka..mentalah saya baru disini..baru tak baru sudah hampir 9 bln juga saya di sini..pantas waktu tanpa disedari.
~ Damailah Hati ~