Wednesday, November 07, 2007
Perjalanan Kehidupan Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih

7/11/07..Masa berlalu tanpa sedar..hampir 2 thn blog saya terbiar sepi. Tanpa sebarang cerita dan coret yang dilalui. Dalam tempoh 2 thn itu, terlalu byk perkara yang saya tempuhi..ramai orang yang saya temui..kejayaan yang saya perolehi dan pastinya ada juga kekecewaan yang perlu saya hadapi dengan hati yang tenang. Sesungguhnya selagi kita hidup, masalah akan sentiasa mendatang untuk diselesaikan. Cuma cara dan kekuatan dari kita sendiri yang mengolah bagaimana ia dapat diselesaikan. Syukur alhamdulillah..saya masih mampu bertahan..walau kadang gelincir airmata, namun kerana percaya Allah itu sentiasa bersama..tenanglah hati.

Bumi permai..luas terbentang menghijau sawah padi..Jauh terasing..hidup sendiri..Saya kini berada di utara negara. Alhamdulillah rezeki Ramadhan 2007..saya berjaya menjawat jawatan dgn badan kerajaan dalam sektor pendidikan. Cuma bukan sebagai pendidik..tetapi dalam bidang Unit Pengurusan Kolej Kediaman. Mula hidup sendiri tanpa keluarga. Mencari pengalaman yang perlu saya dalami. Kini tahu jerihnya mencari kewangan sendiri. Mentadbir kehidupan sendiri. Mendiam di tempat org..segalanya kena pandai menyesuaikan diri. Jaga budi pekerti..agar menyenangkan semua hati.

Terlalu banyak yg ingin saya kongsi luah rasa selama berada di sini. Mengenali hati budi teman-teman baru, melayani kerenah dan ragam manusia yang ditempuhi.. dan sekali lagi saya katakan..itu pengalaman yang perlu saya dalami..untuk hari ini dan hari mendatang..
Cuma disini..saya perlu kuat..semangat..jiwa..mental dan fizikal..Doakan saya terus kuat mendepani perjalanan baru saya disini..............

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:12 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Asukan Amarah..
Seorang gadis itu..
Kecil Hati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Seharian Yang Berlalu..
Failure..
Sakit Hati..
CintaMu Di Hati
Kenapa Begitu..


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics