Sunday, February 26, 2006
Asukan Amarah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..

Saya sudah seperti pungguk yang menunggu bulan..berjaga sepanjang malam..kerana ketagihan "YM"..Akibatnya saya keletihan di siang hari..Walau bagaimanapun rutin harian perlu saya selesaikan..itu lebih utama.Kesan berjaga malam itu masalah saya sendiri..tidak mahu saya kaitankan dengan urusan lain.Saya penat keliling rumah hari ini mencuci lantai.Terbongkok-bongkok seorang diri..Lebih selesa menyelesaikannya sendiri.Akibatnya pinggang saya sakit yang teramat.Ditambah pula dengan kesan saya pernah terjatuh 5 anak tangga sewaktu saya belajar 3 thn lepas.Sakitnya memang saya hadapi hingga sekarang apabila saya melakukan kerja yang memaksa saya membongkokkan badan.Langsai kerja..saya terlalu lelah dah sakit masih belum reda.Saya mahu istirehat..
Baru sepicing mata tertutup..saya disentak dengan ketukan pintu yang agak kuat..sakit kepala dibuatnya kerana terkejut.Pintu dibuka..Adik bongsu saya masuk meloloskan diri..Memang gemar benar dia masuk ke bilik saya.Umurnya 9 tahun.Terlalu petah bertanya itu dan ini.
"Angah pinjam headphone"
" Nak buat apa?? tak boleh la ..2 dah rosak adik buat"
"Orang nak nyanyi arr..nanti pasang radio kuat-kuat mak marah."
Saya tidak izinkan dia meminjamnya, saya terlalu sayang headphone yang satu ini.Pemberian seorang teman.Harganya pun agak mahal.Tambah pula sudah 2 headphone saya rosak dikerjakannya. Saya terlena semua..
" Akuuuuuuu..tak kan melupakan mu..Takkan..bla...bla..bla...." teriaknya sekuat hati.
Saya tersedar semula..ribut apa yang telah melanda bilik saya ini..arghhhhhhhh..saya bangun lantas menutup keras suiz radio itu. Adik saya membawa masuk radionya dan berdondang seloka membuat persembahan fantasinya di dalam bilik saya..kesabaran di tahap radikal..
" KELUARRRRRRRRRRRR..kalau tak angah baling sekali dengan radio dan adik jugak nanti!!" saya separuh berteriak dalam keadaan kepala yang terasa seakan-akan melayang..penin bahana tersentak beberapa kali.Air muka adik saya benar-benar berubah..Dia bagai terpempan dengan kata-kata saya..Lantas membawa dirinya..Sesungguhnya saya menyesal...saya tidak mampu mengawal emosi dan amarah saya...MAAFKAN ANGAH SAYANG...!

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 3:52 AM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Seorang gadis itu..
Kecil Hati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Seharian Yang Berlalu..
Failure..
Sakit Hati..
CintaMu Di Hati
Kenapa Begitu..
Hamparan DugaanMu..
Sayang yang Hilang..


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics