Sayang yang Hilang..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Sepanjang-panjang minggu ini saya mandom..hahaha..dah lama tak sebut perkataan ni. Dulu masa kat sekolah glemer la perkataan ni.Asyik terperuk dalam bilik, layan hati..layan perasaan..layan kenangan..kenangan bersamanya.
*********************
Mengapa..mengapa saat sayang kita makin bertaut kemas, kau terpaksa pergi?? Aku begitu terkesima dengan apa yang berlaku..saat-saat hati telah benar-benar menyayangimu kau tinggalkan aku.Sebak kenangkan detik-detik mesra bersama.Masih bermain ligat di layar ingatan..jejak langkah aku pulang di sambut riang oleh mu..letih hilang dengan keletah manjamu..manja membelai..kita ketawa bersama..kau seolah mengerti bila mana aku punya konflik diri..merenung tajam ke dalam mata..kita berdiskusi secara hati..aku bahagia..dalam kasih yang terbina.Namun..debar dada lewat dua hari sebelum aku ke Kuala Lumpur rupanya membawa petanda..memberi kata..sesuatu bakal berlaku..kenapa aku langkah jua ke sana..Lewat petang jumaat sebelum aku kesana..kau hanya memandang sayu..kau hanya diam membisu..hati aku bergetar hebat tak kala tangan ku menyentuh mu..aku pergi juga..
Petang aku bersenda seloka yang teramat di sana..aku terima pesanan dari ibu..katanya, sesuatu buruk menimpa mu..hati melonjak-lonjak ingin pulang segera.Walau esoknya aku punya satu temuduga.Kasih sayang kita lebih utama bagiku!!
Jejak pertama kaki di halaman teratak ayah bonda..hati berkencang hebat.Ingin terus berlari bertemu mu..TERPANA..aku terpana!! Airmata deras mengalir..Ku seru nama mu..Namun yang membuat aku bertambah sebak..kau sahut walau dlm sejuta kesakitan yang teramat......."Sayang..kenapa begini..." rintih hati ku..Kalau la aku tidak kesana, tentu tidak begini..Ahh..KALAU LAH..!!
Melihat keadaan mu..aku tidak tahu berapa lama lagi hanyatmu..terlalu parah..hingga kau tidak mampu berdiri sendiri..persis seorang kanak-kanak cacat yang terpaksa disediakan segala-galanya..namun..Alhamdulillah..ibu ayah begitu memberi semangat padaku..tidak pernah kata negatif yang diberi walau aku sendiri tahu harapan untuk mu tipis.Aku puas..aku puas melayan mu sepanjang tempoh tenat mu..aku bagai lihat semangat mu juga semakin kuat..melawan hebatnya kesakitan mu..kau cuba berdiri walau hakikatnya kau tidak berdaya lagi..saraf mu rosak kata doktor kesan hentakan yang maha dasyat itu..persis anak kecik aku melayan mu..betapa aku bahagia tatkala mendengar hembusan nafas bahawa kau senang aku membelaimu..Ya hembusan nafas senang mu..menitis airmata ku..hanya ini yang mampu aku berikan..
Jumaat 27/01/06..Bagi mendapatkan rawatan susulan..abah membawa mu ke klinik.."Tunggu dalam kereta je la.." kata abah.." Tak mahu la nak ikut.." aku membalas.
Lebih kurang setengah jam..abah keluar dari dalam klinik membawa sangkar mu..Aku lihat kau terbaring kaku.."Doktor watpe bah?" aku soal cemas..
"Doktor cucuk bagi rehat" jawab abah sambil berjalan terus ke kereta..Aku masih memanjang cemas pada sangkar di tangan abah.." Tapi...kenapa dia diam je tuh bah..???? Abah pulak diam.." Dia dah mati ke abah..??" aku bersoal lagi..
" Doktor kata biarlah dia rehat..lagipun doktor kata harapan dia untuk sembuh memang takde..tak kan ulya nak jaga dia tak kemana.nak kerja..kita banyak urusan lain..biarlah..kalau itu yang terbaik untuk dia dari terus terseksa.." Jawab abah tenang sambil memandu..Aku dah tersendu masa tu juga..
Kelmarin..semalam..hari ini..aku terus merindu...terbayang larian keletah mu..sapaan manjamu..jeritan girang mu..segalanya...bertambah rindu melihat botol susu kecilmu..tempat terakhir hayat mu..arghh..perpisahan yang terlalu pedih..terlalu pedih bila mana sayang makin bertaut rapi..aku tidak dapat mengandaikan sekiranya aku kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup aku..ini cuma dugaan kecil yang Allah berikan..di uji aku dengan kasih sayang manusia dan makhlukNya haiwan..CINTA SESAMA MAKHLUK TIDAK KEKAL SELAMANYA..CINTA ABADI..CINTA YANG SATU..