Ramadhan Menjelma lagi..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Lama betul tak update blog nih...terlalu sibuk dengan urusan sekolah hinggakan kadang-kadang tiada ruang untuk diri sendiri.Kesihatan juga nampaknya sekarang makin teruk. Saya makin tidak berdaya untuk berdiri lama. Memandangkan saya perlu berdiri dihadapan kelas bagi melancarkan perjalanan PnP..saya gagahkan juga..sembunyi sejuta kesakitan yg dirasa.Tidak puas rasanya kalau ketika sesi penerangan saya tidak melihat wajah-wajah warisan pertiwi satu persatu..meneliti raut garis yang terpamer..Senyuman..Kerutan..semua ingin saya lihat..dari situ saya akan nilai sejauh mana pemahaman yang diterima.Mereka juga mungkin tidak puas jika saya hanya duduk dikerusi ketika sesi penerangan dan perbincangan.
Tanpa sedar..dalam kesibukan ini...Ramadhan menjelma lagi.Datang bersama seribu satu KeRahmatan.Cuma yang perlu adalah untuk kita memilih sama ada ingin merebutnya atau membiarkan ianya lesu pergi begitu sahaja tanpa sebarangan pengisian..bekalan diri sendiri.Ramadhan kali ini bagi saya secara peribadi menguji ketahanan diri saya..dan melihat sejauh mana kekuatan diri dalam mengharungi bulan KeRahmatan ini. Kalau sebelum ini saya tidak bekerja sepenuhnya..namun kita saya mengharungi Ramadhan ketika bekerja dan seisi rumah bekerja. Sebelum ini ketika masih belajar..ibu yang kelelahan berkerja pulang ke rumah masih terus bekerja bagi memastikan segala persediaan berbuka sempurna.Kini saya rasakan sendiri bagaimana lelahnya ibu yang bekerja terus masih lagi bekerja di rumah untuk anak-anak sempurna berbuka puasa. Kami adik beradik semuanya telah kembali menetap di rumah. Masing-masing bekerja..dan masing-masing perlu bekerjasama walau lelah belum hilang.Tautan kasih sayang antara kami makin erat dengan hadirnya Ramadhan..
Salam Ramadhan...