Friday, September 02, 2005
Kami merindui mu..

Pertanyaan saya dan kawan-kawan kini terjawab mengenai kehilangan misteri kak Ima..yang sehingga kini selepas cuti penggal masih tidak kembali ke sekolah. Dari cerita yang kami dengar daripada guru-guru yang melawatnya, kak Ima meracau-racau sebaik saya pulang dari sekolah pada 20 ogos yang lalu. Kami guru-guru muda ditugaskan mengawal perkhemahan pada 19 Ogos yang lalu. Esoknya pula kami terpaksa menjalankan tugas selaku AJK hari Anugerah Cemerlang sekolah kami.Memang diakui tugas kak Ima paling berat pada hari tersebut. Tanpa dibantu oleh ketuanya sendiri, dia selaku guru baru di sini melakukan kerja-kerja bahagian pentas seorang diri tanpa pengalaman. Pada pandangan saya, dia berjaya menyempurnakan tugasnya dengan baik.Pada malam tersebut kami bertungkus-lumus membantu kerja-kerja peringkat akhir. Alhamdulillah..selesai.Kami bagai berkampung di sekolah. Pada malam tersebut juga kami bergilir-gilir mengawal. Saya ditugaskan mengawal pada pukul 3.15 pagi - 4.15 pagi, manakala kak Ima 4.15- 5.15 pagi. Tidak di nafikan waktu saya dan kak Fara berkawal ada bunyi-bunyi pelik menggangu, namun kami diamkan diri. Seolah-olah tidak mengerti dan masing-masing membatukan diri. Saya tidak tahulah apa pula yang terjadi ketika kak Ima berkawal.Hingga ke hari ini kak Ima masih belum ke sekolah. Pada saya segalanya terjadi mungkin kerana keadaan diri kak Ima yang terlalu penat dengan urusan hari Anugerah,ditambah dengan tekanan dari pihak atasan yang dipendamnya..Namun saya kagum dengan kak Ima kerana dia masih mampu tersenyum dan ketawa girang walaupun beban tugas sepenuhnya diserahkan ke bahu. HArapan dan doa saya moga kak Ima cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah seperti biasa. Saya pasti anak-anak didiknya tentu tertanya-tanya dan merindui kak Ima..Bagi yang menumpangnya..kembalilah ke tempat asalmu..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:58 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Nanar di Hati..
Petua Hidup Berkeluarga
Klimaks Kesabaranku..
Seorang Gadis Itu..
Maksud firman Allah S.W.T. :"Katakanlah kepada wan...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Kecamuk Hati
Sayangnya Allah pada wanita..
Hukum Ketawa dan Senyum..
Mengharap Sinar Berpanjangan...


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics