Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Malam ini saya begitu malas..cadangnya sebelum pulang dari sekolah,berkemas rapi memasukkan kertas pendidikan seni untuk di markahi malam ini.Namun..angkara tidak tenangnya hati,runsingnya fikiran saya padamkan niat.Nanti kesian pula anak buah saya mendapat markah yang sedikit kerana ketidaksenang hati saya sendiri. Biarlah keadaan tenang.. saya akan bereskan semuanya kemudian nanti.
Esok..27 Julai 2005, bagi saya hari yang begitu saya nantikan.Saya akan lihat sejauh mana terkesannya didikan saya. Mereka akan menjawab kertas Kemahiran Hidup yang telah saya sediakan.Harapan saya begitu besar sekali kali ini. Moga-moga pelajar istimewa saya yang bagi sesetengah guru lain mereka merupakan pelajar tercicir..namun saya begitu menharap meraka tidak dapat MERAH kali ini.Disinilah akan saya lihat usaha mereka. Banyak yang diusahakan..bnyaklah hasilnya.
Erm..nak layan telingan dengar IKIM..
~ Bila Hati Bahagia, Segalanya -galanya Indah Dan BerMakna~