Tuesday, June 07, 2005
Menanti Mentari Menyinar Ceria

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..

Assalamualaikum...
Kaku jejari di papan kekunci..lama tidak saya menyentuh blok-blok huruf ini. Alhamdulillah..saya kembali akan mengisi bait-bait perjalanan kehidupan saya disini InsyaAllah. Berkongsi menelusuri suka duka sepanjang saya tinggalkan ruangan ini kosong bagai tidak bertuan.Terlalu banyak urusan perlu saya selesaikan sementelah ibu saya masih belum pulih sepenuhnya.Sebulan yang lepas ibu kembali sihat dan ceria. Ya ..ibu saya yang saya kenal dari kecil.Namun..keceriaan dan kegembiraan kami sekeluarga bagai diragut kembali..ibu kembali "sakit" dua minggu yang lepas. Kami bagai terpana..Masing-masing walau masih mengukir senyuman di bibir tiap kali melayani ibu, tapi hakikatnya menangis sendiri di dalam hati. Abah..insan yang kami lihat begitu tabah meladeni setiap ujian yang mendatang iba-tiba ini. Seawal pagi keluar ke pejabat yang terletak di kawasan luar daerah,perjalanan hampir sejam dari kediaman.Selang beberapa jam abah akan menelifon bertanya perkembangan ibu. Tengah hari abah akan bergegas pulang setelah mendapat kebenaran pihak atasan. Begitu lah rutin harian abah semenjak ibu sakit. Di rumah pula, sibuk menguruskan keperluan menjelang majlis perkahwinan kakak saya yang InsyaAllah berlangsung pada bulan November ini. Kami benar-benar berdikari kini. Segalanya perlu dilakukan sendiri tanpa ibu.
IBU..kami sedar kini..segalanya suram tanpa sentuhan mu..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 10:50 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Mendung Yang Menjelma
Peluang Kali Kedua
Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah ,Jika aku jat...
Bila Emosi Mendominasi Diri..
Tolak Tawaran..
Gelap Hati Kerana Maksiat
Hak Muslim Atas Muslim
Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua pihak..s...
4 Cara Kenali Keaiban Diri
Peringatan Besar Buat Wanita


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics