Hak Muslim Atas Muslim
Di dalam kitab Hayaatul Hayaawaan, Ad Damiri berkata bahawa Ali bin Abi Talib r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda :
Hak muslim atas muslim itu ada tiga puluih, seseorang muslim tidak terlepas darinya kecuali dengan menunaikannya atau memaafkannya
Hak-hak muslim itu adalah sebagai berikut, iaitu:
1. Memaafkan kesalahan
2. Belas kasihan atas dukacita manusia muslim
3. Menutup rahsia seseorang
4. Bersikap menerima atas penyesalan sesama muslim
5. Tidak mendengar orang mengumpat
6. Suka memberi nasihat pada jalan yang diredhai Allah
7. Menjaga urusan sesama muslim
8. Memelihara janji
9. Melawat manusia muslim yang menderita sakit
10. Menghantar jenazah
11. Menyahut panggilan muslim
12. Sudi menerima pemberian atau hadiah
13. Membalas pemberian
14. Bersyukur atas pemberian
15. Melakukan hal yang baik dalam rangka menolong sesama muslim
16. Menjaga kehormatan seorang muslim
17. Menolong memenuhi keperluan sesama muslim
18. Dengan lapang hati menerima pertolongan
19. Tidak mengabaikan tujuan atau maksud seseorang muslim
20. Menjawab pertanyaan
21. Menegur dengan bai kesalahan seseorang muslim
22. Menjawab salam
23. Bercakap baik sesama muslim
24. Menghargai pemberian
25. Membenarkan sumpah seseorang muslim
26. Menolong dalam keadaan menganiaya iaitu menolaknya dari keaniayaan itu dan menolongnya dalam keadaan teraniaya iaitu membantunya untuk mendapatkan hak-haknya
27. Berkawan baik sesama muslim dan tidak bermusuhan
28. Tidak merendahkan dan tidak menghina
29. Suka pada kebaikan yang dilakukan oleh manusia muslim sepertimana ia suka kebaikan yang dilakukannya
Selanjutnya Ali Abi Talib r.a. berkata bahawa dia mendengar Rasullah SAW bersabda:
Bahawa di antara kamu terdapat seseorang yang meninggalkan hak-hak saudaranya, maka di hari kaimat kelak dia akan diminta pertanggungjawabnya.