Seorang Gadis Itu..
Yang lembut fitrah tercipta,

halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ... telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...
seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta,
sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ... dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .
seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan,
menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
dahípayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu
dalam kebahagiaan!
Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang Abadi...
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 10:56 PM
Maksud firman Allah S.W.T. :"Katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera² mereka, atau putera² suami mereka, atau saudara² lelaki mereka, atau putera² saudara lelaki mereka, atau putera² saudara perempuan mereka, atau wanita² Islam, atau budak² (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan² lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak² yang belum mengerti tentang aurat wanita....

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 9:09 PM
Tuesday, July 26, 2005
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Malam ini saya begitu malas..cadangnya sebelum pulang dari sekolah,berkemas rapi memasukkan kertas pendidikan seni untuk di markahi malam ini.Namun..angkara tidak tenangnya hati,runsingnya fikiran saya padamkan niat.Nanti kesian pula anak buah saya mendapat markah yang sedikit kerana ketidaksenang hati saya sendiri. Biarlah keadaan tenang.. saya akan bereskan semuanya kemudian nanti.
Esok..27 Julai 2005, bagi saya hari yang begitu saya nantikan.Saya akan lihat sejauh mana terkesannya didikan saya. Mereka akan menjawab kertas Kemahiran Hidup yang telah saya sediakan.Harapan saya begitu besar sekali kali ini. Moga-moga pelajar istimewa saya yang bagi sesetengah guru lain mereka merupakan pelajar tercicir..namun saya begitu menharap meraka tidak dapat MERAH kali ini.Disinilah akan saya lihat usaha mereka. Banyak yang diusahakan..bnyaklah hasilnya.
Erm..nak layan telingan dengar IKIM..
~ Bila Hati Bahagia, Segalanya -galanya Indah Dan BerMakna~

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 10:28 PM
Monday, July 25, 2005

Sejak awal ke sekolah tengah hari tadi kepala berdenyut-denyut. Cuaca terik sepanjang hari.Saya ditugaskan mengawasi 3 buah kelas peperiksaan hari ini.Memang padat dan berturut-turut menyebabkan saya tiada kesempatan untuk menjamah makanan petang tadi.Hanya punyai peluang untuk bersolat..saya faham dan sedia akur, beginilah adatnya sebagai orang baru.Mula dari kelas pertama dengan bahang yang amat terasa, kepala saya bertambah sakitnya..mengantuk..ya itulah juga keadaan saya sepanjang menjaga kelas peperiksaan hari ini..ahh..bukan hari ini sahaja..malah setiap kali waktu mengawasi kelas peperiksaan memang membosankan.
Hati dari semalam lagi menantikan satu khabar gembira dari sana.Menanti agar ada sedikit sinar harapan yang membolehkan saya menongkat dan mengumpul impian demi impian agar terus tercapai.Saya berdoa di dalam hati..walau setiap detik dan langkah kaki saya hari ini penuh dengan debaran menanti sebuah jawapan yang begitu saya inginkan.Mata jarum jam diteliti tiap tika.Tidak sabar rasanya menanti jawapan kepada soalan yang diajukan.
Sesi persekolah berakhir..kepala masih berdenyut deras.Seakan ingin saja saya hantukkan ke dinding.Berehat seketika barang melepas lelah seharian. Sejurus selepas saya menyegarkan badan, panggilan yang begitu saya nantikan menambah debaran dihati.Dihujung sana..getar bicara masih seperti biasa.Saya masih menyimpan debar......
(= Minta maaf...
(+ Maaf untuk apa?
(= Untuk ketidaksempurnaan pada diri
(+ Tidak mengerti sama sekali
(= Kegembiraan yang dinanti tidak ada kini
(+ Cukuplah. Mengerti kini. Tiada usaha yang jitu.
(= Terbaik telah diberikan..
(+ Saya kecewa!!!
Remuk redam hati tidak tahu bagaimana untuk dikatakan. Seribu satu bayangan kekecewaan muncul di depan mata. Tiada lagi harapan yang saya hamparkan kini. Saya mungkin pentingkan diri sendiri..pendakwaan tanpa belaan..Namun ketahuilah...saya kecewa! Kini..kepala ku makin pusing seligat pusingan kipas yang diputar 5 kelajuannya..
Kecamuk Hati

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:14 PM
Saturday, July 23, 2005

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isuantara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,diantaranya adalah seperti berikut:-
1. lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kenabertanggong-jawab keatas ibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suamibertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpaizin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadiperempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita*********
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapiharta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepadasuaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utkmenyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika sayatersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
-Sumber - Raudhah.com
Sayangnya Allah pada wanita..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:33 PM

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: Ketika Khidir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s.: "Berilah nasihat kepadaku." Khidir berkata: “Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan janganlah tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.”Jaafar bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata:“Biasa Nabi Muhammad SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya. (Yakni tidak suka melerek).” Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak di dunia bererti akanbanyak menangis di akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.” Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.” Al-Hasan Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa , lalu ditanya: "Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang Shirath?” Jawabnya: “Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan meresap benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawa..
Hukum Ketawa dan Senyum..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:10 AM
Wednesday, July 20, 2005

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..segala Pujian buatMu Ya Rabbi..saya sesungguhnya amat bersyukur dan terharu..ibu kembali sihat seperti sediakala..Namun perhatian dan tumpuan perlu diberikan sepenuhnya kepada ibu..terutamanya dari segi soal hatinya yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya..Membawa ilusi ibu ke alam baru..membina hidup berkeluarga yang lebih harmoni dan bahgia..dan harapnya ibu kembali memperolehi ketenangan dan kesejahteraan hati dan jiwanya kembali..Ibu..kami gembira ibu kembali..dan kami begitu merindui seukir senyum mu yang bisa meredakan resah kami selama ini..dan jika sebelum ini kami begitu menantikan sinar yang terpancar dari redup mata mu ibu..kini sinar itu begitu menyinar..setiap kali mata kita bertaut ibu..dan senyuman mu ibu..menambah kuat semangat kami untuk meneruskan kembali perjalanan hidup ini..TERIMA KASIH TUHAN..
Di saat ibu diUji..saya juga menerima pelbagai tekanan dalam urusan tugas seharian..walau pada mulanya saya seakan jatuh terjelepuk saat ibu kehilangan dirinya..namun Alhamdulillah..berkat dorongan dan semangat yang diberikan oleh teman-teman..saya bangun, bertatih untuk berjalan sendiri..mendepani segala yang mendatang..tugas di sekolah datang mengasak..menyempitkan ruang rehat ..manakan terkejar segala yang menanti di rumah. Dengan keadaan ibu yang tidak menentu kesihatannya..membuatkan saya tiap detik menangis sendiri..Namun..benar katanya, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Rentetan sejarah yang bagi saya tidak mahu ia kembali..saya kini lebih tegar dalam perjalanan destinasi kehidupan. Saya lebih tabah..lebih berdikari dan lebih matang dalam setiap sekecil perkara yang perlu dan akan diambil dalam kehidupan kini dan mendatang. Tiada apa yang lebih mengembirakan saya ialah..saya kini lebih bahgia..kunci segala-galanya dalam hidup..bila hati dan jiwa BaHaGia..segala-galanya INDAH dan BERMAKNA..
Mengharap Sinar Berpanjangan...