Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Esok..saya akan mula bekerja..Tak tahu la bagaimana keadaan di tempat baru..harap-harapnya segalanya dipermudahkan..Saya berdebar sebenarnya..Menghadapi satu situasi yang baru dan berlainan..
~ Langkah Kaki Harus Terus~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Saya sudah seperti pungguk yang menunggu bulan..berjaga sepanjang malam..kerana ketagihan "YM"..Akibatnya saya keletihan di siang hari..Walau bagaimanapun rutin harian perlu saya selesaikan..itu lebih utama.Kesan berjaga malam itu masalah saya sendiri..tidak mahu saya kaitankan dengan urusan lain.Saya penat keliling rumah hari ini mencuci lantai.Terbongkok-bongkok seorang diri..Lebih selesa menyelesaikannya sendiri.Akibatnya pinggang saya sakit yang teramat.Ditambah pula dengan kesan saya pernah terjatuh 5 anak tangga sewaktu saya belajar 3 thn lepas.Sakitnya memang saya hadapi hingga sekarang apabila saya melakukan kerja yang memaksa saya membongkokkan badan.Langsai kerja..saya terlalu lelah dah sakit masih belum reda.Saya mahu istirehat..
Baru sepicing mata tertutup..saya disentak dengan ketukan pintu yang agak kuat..sakit kepala dibuatnya kerana terkejut.Pintu dibuka..Adik bongsu saya masuk meloloskan diri..Memang gemar benar dia masuk ke bilik saya.Umurnya 9 tahun.Terlalu petah bertanya itu dan ini.
"Angah pinjam headphone"
" Nak buat apa?? tak boleh la ..2 dah rosak adik buat"
"Orang nak nyanyi arr..nanti pasang radio kuat-kuat mak marah."
Saya tidak izinkan dia meminjamnya, saya terlalu sayang headphone yang satu ini.Pemberian seorang teman.Harganya pun agak mahal.Tambah pula sudah 2 headphone saya rosak dikerjakannya. Saya terlena semua..
" Akuuuuuuu..tak kan melupakan mu..Takkan..bla...bla..bla...." teriaknya sekuat hati.
Saya tersedar semula..ribut apa yang telah melanda bilik saya ini..arghhhhhhhh..saya bangun lantas menutup keras suiz radio itu. Adik saya membawa masuk radionya dan berdondang seloka membuat persembahan fantasinya di dalam bilik saya..kesabaran di tahap radikal..
" KELUARRRRRRRRRRRR..kalau tak angah baling sekali dengan radio dan adik jugak nanti!!" saya separuh berteriak dalam keadaan kepala yang terasa seakan-akan melayang..penin bahana tersentak beberapa kali.Air muka adik saya benar-benar berubah..Dia bagai terpempan dengan kata-kata saya..Lantas membawa dirinya..Sesungguhnya saya menyesal...saya tidak mampu mengawal emosi dan amarah saya...MAAFKAN ANGAH SAYANG...!
~ Mampukah diri menjadi srikandi Idaman..~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Kecil Hati...
Saya berkecil hati..kenapa ya..?? Saya pun tidak pasti dengan rasa yang kurang menyenangkan ini..saya tidak suka perasaan yang tidak menyenangkan ini bertandang dihati saya..apa yang dirasakan ibarat satu perasaan yang terbuang jauh tanpa sesiapa yang endah..dengan mudah hati saya sebak..sebu..dan dengan mudah saya menangis..airmata..murah benar ia mengalir..arghh..rapuh lagi rupanya jiwa dan perasaan saya.
~ Melayang ibarat debu~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
*Tiada banyak perkara yang ingin saya kongsi..Tiada idea..diserang sakit dada sekali lagi..kesan apa saya sendiri tidak tahu..mungkin kerap mandi malam atau tidur dalam suasana dingin..yang pasti..saya di serang acapkali minggu ini..sakitnya, hanya tuhan yang tahu..menyentap dan mencucuk-cucuk..
*Proses memulihkan kembali sesuatu yang keruh..harapnya hati saya akan terus terbuka. Terbuka untuk memilih yang jernih daripada yang keruh..Di lembutkan hati yang keras..Di beri Intan..kaca juga yang saya nampak..itulah masalahnya saya..
*Berhati-hati dalam memilih kawan..Penting memilih kawan..tertarik dengan satu slot ceramah yang ke udara di Perak.Fm..kata-kata ustaz tersebut yang menarik minat saya tentang kawan.Katanya " Kalau kita jahat/jahil berkawan dengan sahabat yang baik dan mulia budi pekerti..secara tak langsung indvidu yang jahil tersebut akan malu melakukan perkara yang tidak baik..Tetapi jika kita individu yang baik, berkawan dengan individu yang tidak baik..jgn pula malu untuk melakukan kebaikan..tetapi diri sendiri pula berpura-pura bertindak tidak baik.." bila saya hayati..ada benar juga kata-kata ustaz tersebut..renung-renungkan..Dari sini..kita dapat menilai..keberuntungan dalam memilih sahabat dan teman..teman yang baik mendorong ke jalan yang baik..pepatah berkata.." berkawan dengan si Penjual minyak wangi tempias wanginya terkena juga.."
~ Ingin lari ke kaki langit..terbang setinggi angkasa raya..~
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI...
Tidur Yang Panjang..
* Semalam..pulang dr interview kerja..saya betul-betul kepenatan..dengan pulang dalam keadaan yang lencun teramat..usai mandi saya lena seawal 6 petang hingga larut 9.20 malam..diberi kerehatan ibadah wajib..layan je tido..lama dah tidak tidur siang.Malangnya apa yang berlaku..malamnya saya gusar untuk lena..hingga ke pagi mata tidak mahu tutup walau sepicing.Hingga seawal subuh saya tak lena dibuatnya.Akibatnya..esok harinya, sepanjang-panjang waktu saya sakit kepala menahan mengantuk yang sangat-sangat.Dek kerana tak tertahan sangat rasa mengantuk..saya lena sepanjang hari..hehe...
Pilih Kawan..
* Petang semalam..waktu menemani abah dan emak ke bank..saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang ustaz yang mengisi slot ceramah radio perak.fm petang itu mengenai kawan..katanya.." KALAU KITA SEORANG YG JAHAT/JAHIL BERKAWAN DENGAN ORANG YG SOLEH DAN BAIK..SECARA TAK LANGSUNG KITA SEGAN UNTUK BERBUAT JAHAT..TAPI JANGAN PULA KALAU KITA SEORANG YANG BAIK BERKAWAN DENGA N ORANG YANG KURANG BAIK KITA MALU PULA NAK BUAT BAIK.." Pilih lah sahabat dan rakan yang baik..secara tak langsung membina peribadi kita ke arah yang lebih baik..bak kata orang..berkawan dengan si penjual minyak wangi..tempias wanginya dirasa juga..:)
If you want to be successful, display enough courage to welcome failures :
- FAILURE DOESN'T MEAN GOD DOESN'T ANSWER PRAYERS. IT DOES
MEAN THAT GOD HAS A BETTER IDEA !
- FAILURE DOESN'T MEAN YOU'LL NEVER MAKE IT. IT DOES MEAN YOUHAVE TO DO IT DIFFERENTLY...
- FAILURE DOESN'T MEAN YOU DON'T HAVE IT. IT DOES MEAN YOU HAVE
TO MAKE SOME DEEP CHANGES..
- FAILURE DOESN'T MEAN YOU NEVER SUCCEED. IT DOES MEAN IT WILL
TAKE LONGER..
- FAILURE DOESN'T MEAN YOU'RE A FOOL TO TRY AGAIN. IT DOES MEAN
YOU HAVE THE COURAGE TO KEEP MAKING NOBLE COMMITMENTS ANDGREAT RESOLUTIONS....................
~ Perasaan saya hari ini...SAKIT HATI..Rasa nak campak pc ni dari Menara KLCC tu biar sampai je ke bawah berderai-berkecai..tak cukup dengan itu..serpihannya saya nak blender lumat-lumat jd serbuk-serbuk halus yang bisa terbang lebur tanpa meninggalkan kesan lagi...
Kata orang...kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat.Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari..
Seri terperangkap antara dua perasaan ; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya.Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, Kesetiaan Seri terus-terusan diragui.
Takdir Allah tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku.Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.
Hari berlalu..dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini..??
~Kubawa Cintamu Walau Ke Mana Meskipun Ia Bukan Milikku~
Dapatkah kau memberi satu arti,
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti,
Bukan sumpah atau janji.
Setulus hatimu bisa menerima,
Sebatas kejujuran yang kau miliki,
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama,
jauhi diriku,
lupakanlah aku.
Kenapa Dia Begitu....
Kenapa Dingin..
Kenapa Tidak Endah..
Kenapa Seolah Membenci..
Lemas sendiri..kenapa begitu...
Sebak Sendiri..kenapa begitu..
Menangis sendiri..kenapa begitu..
Dingin..bukan kerana membenci..
Tidak Endah..bukan kerana tak sayang..
Seolah Membenci..bukan kerana benci..
Jalanan yang kita lorekan tiada noktahnya..
Jalinan yang kita cipta tiada destinasinya..
Bukankah lebih baik Begitu..
Sebelum sayang bercambah teguh..
Sebelum kasih terpahat Utuh..
~ Buang Jauh Kenangan..Terjah Jauh Sayang..~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..
Agak lama saya biarkan ruang ini kosong..Atas sebab keletihan berulang alik ke Kuala Lumpur dan juga atas alasan kemalasan yang bermaharajalela..Dalam lewat dua minggu ini saya tidak berapa sihat sebenarnya. Walau pada zahir biasa sahaja..hakikat rohani saya tidak berapa sihat.Saya selalu rasa berdebar-debar..tangan menjadi sejuk..gelisah yang berpanjangan..tidur selalu terjaga..dan menjadi kesejukan yang teramat waktu tidur.Semalam saja beberapa kali saya terjaga kerana kesejukan yang teramat hingga menggigil..jiwa terlalu kosong.Terjaga lewat 3 pagi saya bersolat minta ditenangkan hati..mungkin terlalu banyak perkara dunia yang saya fikirkan.
Kebiasaan saya adalah penceria suasana rumah.Tapi kini saya seorang yang terlalu pasif di rumah.Masa terlalu banyak dihabiskan di bilik sendirian..menatap buku atau majalah..menghadap pc berjam-jam..begitulah saya sekarang.Kalau sebelumnya saya akan ke Taman Polo seawal pagi untuk berjogging dan senam robik..tapi sekarang segalanya bagai tiada semangat lagi.Badan terlalu lemah saya rasakan.Tidak banyak komunikasi saya antara ibu dan ayah..Saya sendiri risau juga sebenarnya..kenapa dengan saya….??? Apa yang bermain di fikiran sekarang..saya perlu lakukan sesuatu..cari pakar motivasi..tingkatkan semula semangat yang hilang..mungkinkah kerana terlalu banyak perkara yang saya harapkan tidak tergapai lalu begini natijahnya..atau saya sudah berputus asa dengan dugaan yang diberi..teringat pada kata seorang kenalan maya saya..yg saya gelar Umii..katanya “ Allah menduga hambaNYa atas kemampuan hambaNya..” Ahh..baru sedikit diuji sudah mengaku kalah sendiri!!
-Aku hampir kalah dengan Hamparan DugaanMu..!