Sunday, February 19, 2006
Seharian Yang Berlalu..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI...

Tidur Yang Panjang..

* Semalam..pulang dr interview kerja..saya betul-betul kepenatan..dengan pulang dalam keadaan yang lencun teramat..usai mandi saya lena seawal 6 petang hingga larut 9.20 malam..diberi kerehatan ibadah wajib..layan je tido..lama dah tidak tidur siang.Malangnya apa yang berlaku..malamnya saya gusar untuk lena..hingga ke pagi mata tidak mahu tutup walau sepicing.Hingga seawal subuh saya tak lena dibuatnya.Akibatnya..esok harinya, sepanjang-panjang waktu saya sakit kepala menahan mengantuk yang sangat-sangat.Dek kerana tak tertahan sangat rasa mengantuk..saya lena sepanjang hari..hehe...

Pilih Kawan..

* Petang semalam..waktu menemani abah dan emak ke bank..saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang ustaz yang mengisi slot ceramah radio perak.fm petang itu mengenai kawan..katanya.." KALAU KITA SEORANG YG JAHAT/JAHIL BERKAWAN DENGAN ORANG YG SOLEH DAN BAIK..SECARA TAK LANGSUNG KITA SEGAN UNTUK BERBUAT JAHAT..TAPI JANGAN PULA KALAU KITA SEORANG YANG BAIK BERKAWAN DENGA N ORANG YANG KURANG BAIK KITA MALU PULA NAK BUAT BAIK.." Pilih lah sahabat dan rakan yang baik..secara tak langsung membina peribadi kita ke arah yang lebih baik..bak kata orang..berkawan dengan si penjual minyak wangi..tempias wanginya dirasa juga..:)

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 2:21 AM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Failure..
Sakit Hati..
CintaMu Di Hati
Kenapa Begitu..
Hamparan DugaanMu..
Sayang yang Hilang..
Hakikat Sebuah Cinta
Tempat Ku Bukan Di sini..
Kacau Bilau..
Seanjak Usia..


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics