Kacau Bilau..
Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Pengasih..
Hati saya tidak senang sebenarnya..semalam..hari ini dan mungkin untuk hari mendatang..Setelah menerima panggilan lewat malam semalam, terlalu sukar saya lena walau sepicing cuma..segalanya kembali berputar ligat dilayar fikiran.Sudahlah saya mmg jenis yang payah nak lelap..ditambah kalau berfikir.menjadi-jadi sukarnya. Sudah tiga tahun sebenarnya perkara ini menghantui diri.Perkara yang tidak berkesudahan.Rasa hati yang tidak pernah mahu reda amukan amarahnya tiap kali ingatan terlintas pada perkara yg terjadi.Saya sebenarnya bukanlah seorang pendendam yang setia.Tetapi terlalu banyak hirisan calar yang kau lakarkan sahabat.Seharusnya kau sebagai seorang perempuan yang juga punya jiwa seperti saya faham bagaimana hati seorang perempuan.Tiga tahun lamanya saya memujuk hati mendamaikan jiwa gelora dan merawat perasaan yang pernah dicalarinya..saya bukan bicara soal cinta disini ya..tapi berbicara tentang perihal hati dan perasaan manusia.Pelik pada perbuatan langsung manusia yang tanpa fikir bisa sahaja menyakiti hati menusia lain untuk kepuasan dan kepentingan peribadi..Dengan kerana kelancangan bicara dan tatahidup yang tidak sopan sebuah persahabatan bisa lebur begitu sahaja..Terlalu banyak tuba yang kau curah sahabat..hingga hati saya menjadi begitu kaku dan keras untuk menerima kau kembali..hatta mendengar namanya pun saya tidak mahu..Ya Allah..saya sedar..saya hanya seorang hamba yang tidak punya HAK untuk menilai..dan memberi nilai pada manusia yang lain..
Terlalu banyak pendapat yang saya ambil..ya jalan penyelesaianya MAAF harus diberikan walau kau tidak pernah meminta..Terpana dan gerun juga seketika bila jatuh Takbur kerana enggan dan nafi berdamai sesama hamba..Tuhan..beri aku kekuatan..tiupkan aku kelembutan..agar damai sentiasa bersama ku...amen...
