Tuesday, January 10, 2006
Seanjak Usia..

Allahuakhbar..Allahuakhbar...Allahuakhbar..

Alhamdulillah..Pagi indah penuh barakah..kaya dengan puji-pujian buatMu Ya Allah..Selautan syukur..melangit keinsafan..Alhamdulillah..Aidiladha kali ini bagi saya lebih ertinya.Saya masih berpaksi terus dibumiNya..bersaksi khalimah syahadahNya.Diberi nikmat hidup di alam ini.Alhamdulillah..saya masih diberinya peluang..dipanjangkan usia setahun lagi.Masih diberi ruang bagi memperbaiki diri,mempertingkat amalan di kemudian hari.Alhamdulillah..

Kebetulannya tarikh hari lahir saya hari ini jatuh pada 10 Zulhijjah, di mana umat islam seantero dunia menyambut salah satu hari kebesaran dalam islam iatu Hari Raya Aidiladha.Seperti yang kita sedia maklum berlakunya sejarah nabi Ibrahim diperintahkan Allah untuk melakukan kurban ke atas anaknya Ismail.Dengan penuh ketaatan dan kepatuhannya, lantas Ibrahim dengan akur menjalankanya.Demi melihatkan ketakwaan hambaNya itu Ibrahim..Allah telah menukarkan anak kesayangnya Ismail kepada seekor kibas. Rentetan dari itulah kita mengambil syariatnya mengorbankan binatang ternakan untuk dikorbankan.Begitu tinggi kepatuhan dan pengorbanan Nabi kita Ibrahim ini terhadap perintahNya..Termenung saya seketika..dalam usia di anjak setangga ini lagi..apakah pengorbanan yang telah saya tabur..?? Yang boleh saya simpan bangga di dalam diri sendiri..taakul muhasabah diri sendiri..hermm..TIDAK ADA!! kalau ada pun yang saya kata berkorban masa..berkorban rindu duduk berjauhan dengan keluarga tercinta demi segunung ilmu..serasanya belum cukup..bila mana keluh mengeluh memanjat tangga-tangga ilmu..rintih pada ayah bonda bila wang mula kekeringan..jerih keluh dalam hati bila terlalu banyak tugasan kerja di beri pensyarah..semuanya seakan tidak ikhlas..itu belum cukup dikira sebagai pengorbanan..menung panjang saya lagi..yang berkorban mereka..bukan saya!!
Pagi Aidiladha ini seakan memberi semangat baru pada saya..kebetulan 2006 baru menyusun kelopak bunganya untuk berkembang..selari azam saya tahun ini..mahu memberi..bukan lagi mengharap..InsyaAllah..perjalanan yang bakal ditelusi ini pastinya tidak sepanjangnya lurus..bakal ada belok lencongnya..begitulah juga hidup,tidak sepanjangnya kita ada senang tanpa dilanda getir uji daripadaNya..disitulah nanti kesediaan hati dan diri..dalam memberi..berkorban..dan bertindak konduktif dalam melayari destinasi matlamat abadi..Doakan saya mampu menongkah pancaroba ujian dunia ini dengan tenang dan berpegang teguh pada jalanNya..

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat ituYa
Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
~Hijjaz~

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 10:47 AM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Warkah Dari Hawa Untuk Hawa..
Yang Pergi Kenangan,Yang Datang Harapan..
wanita idaman..
Ramadhan Menjelma lagi..
Kami merindui mu..
Nanar di Hati..
Petua Hidup Berkeluarga
Klimaks Kesabaranku..
Seorang Gadis Itu..
Maksud firman Allah S.W.T. :"Katakanlah kepada wan...


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics