Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua pihak..saya hanya manusia biasa yang juga punya emosi dan perasaan..
- Perkara paling membahagiakan bila kita mendapat seorang sahabat yg bisa bersama tiap detik dan ketika..bukan sahaja waktu kita senang dan lapang..tapi waktu kita susah dan sempit..cuma manusia..tidak pernah menghargai apa yg ada di dalam gengaman..
- Malam ini segalanya terimbas kembali. Saya sendiri keliru mengapa setiap kali permulaan baru ingin di buka..segalanya kembali menghantui hati. Saya tidak bisa..Saya takut tersungkur kembali..
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:09 AM
Sunday, February 27, 2005
1). Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.
2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya
3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.
Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.
4 Cara Kenali Keaiban Diri

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:20 AM
Saturday, February 26, 2005
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul
Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk
aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti
Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi
SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau
ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami
dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang
sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,
Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa
perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka
sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang
menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat
siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka
itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya
dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan
yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat
dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam
lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah
zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan
apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)
segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan
keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan
ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan
daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat
oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan
ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan
darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal
keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke
belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti
kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu
beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka
itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api}
daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa
mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan
berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki.
SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.
Peringatan Besar Buat Wanita

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:29 PM
Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:25 PM
Tuesday, February 15, 2005
Kekasih apabila berpisah menjadi musuh
Tetapi sahabat tidak akan berpisah sehingga ke akhir hayat.
Apabila bersama kekasih nafsu yg akan mengawal suasana,
Tetapi apabila bersama sahabat akal menjadi lebih bersih dan segar.
Apabila bersama kekasih segala perkara yang buruk akan disorok dan disembunyi dgn berpura-pura,
Tetapi apabila bersama sahabat kita akan berterus terang dengan penuh kejujujuran dan keikhlasan.
Seorang kekasih hanya akan mengharapkan yang indah-indah dari pasangannya,
Tapi seorang sahabat akan menerima sahabatnya dengan seadanya.
Seorang kekasih sentiasa terbuai buai dan terleka apabila teringat akan kekasihnya,
Tetapi seorang sahabat apabila teringatkan sahabatnya akan menjadi lebih bersemangat dan berfikiran positif. Seorang kekasih belum tentu menjadi sahabat,
Dan seorang sahabat juga belum tentu menjadi kekasih,
Seorang kekasih boleh menjadi sahabat,
Dan seorang sahabat juga boleh menjadi kekasih.
Kekasih yang terbaik adalah dari seorang sahabat,
Dan sahabat yang terbaik adalah dari seorang kekasih
Kekasih yang terburuk adalah yang tidak boleh menjadi sahabat,
Dan sahabat yg terburuk sudah tentu tidak boleh menjadi kekasih.
Oleh itu, yang mana satu hendak engkau pilih?
Kekasih atau sahabat?
Kekasih atau Sahabat

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 3:25 PM
Wednesday, February 09, 2005
KU MILIK MU..
Redupku kini bukannya hiba
Namun kebangkitan akan ku cari
Tatkala diri sedar hanya insan hina
Yang dicipta sempurna oleh ilahi
Sejuta doa ku taburkan pada yang esa
Sejuta doa ku taburkan pada yang esa
Amal dan taqwa ku tanam dijiwa
Ingin menjadi insan mulia
Cemerlang di dunia dan akhirat jua
Tapi ku hanya insan biasa
Tapi ku hanya insan biasa
Yang masih mengharap rahmat dariNya
Kasih sayang terbaik buatMu yang maha kuasa
Itulah hadiah yang paling berharga
Ku sujud menyembah buat pencipta
Ku sujud menyembah buat pencipta
Lahirku menjadi khalifah dunia
Tanggungjawab di beri ku akan laksana
Demi mencapai kehidupan yang sempurna
Pedoman terbaik insan mulia
Pedoman terbaik insan mulia
Al-quran dan sunnah amalan di dunia
Pasti akhirat sana bahagia menjelma
Bersama redha yang maha esa
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:27 PM
Tuesday, February 08, 2005
Untukmu wanita..
Kejadian jasad dan kehalusan hatimu..
Dijadikan Tuhan paling istimewa dan penuh rahsia..
Ketabahanmu seorang ibu..
Ketaatanmu sang isteri..
Keayuanmu seorang puteri..
Meletakkanmu di tahta teratas..
Bukan sahaja menjadi penyeri..
Malah menjadi pelengkap..
Kepada kesempurnaan hidup Insani.....
SRIKANDI

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:22 PM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Telah dua hari aku kembali di rumah..melangsaikan tugasan rumah yang ditinggalkan lama dek kesibukan seisi rumah dengan rutin harian masing-masing..pagi menjengah seluruh isi rumah keluar menuju destinasi sendiri.Kini segalanya harus aku lalukan..dan..tugasan utama semestinya MEMASAK..!! Memang kalau kat rumah ni takde muka lain dah..mak mesti target aku lah..tak kisahlah..esok-esok bila dah jadi isteri orang tak lepas dari tugasan tu pun kan..dunia harian ku semakin membosankan bila di rumah..ini bermakna laptop abah ni akan ku hurung sekerap yg mungkin..bila dah biasa ke sekolah membuatkan aku tak betah duduk di rumah. Segalanya serba tak kena..Asyik ingat sekolah je..takpelah bersabar buat seminggu dua ini. Aku juga yang malas nak melaporkan diri secepat mungkin di PPD.Konon-kononnya disamping berehat niat dihati nak jaga rumah..nak bersihkan rumah.Kelmarin janji ngan mak nak mop lantai, tapi apakan daya, sakit di tangan kiri kembali menyerang Ahad lalu..sampaikan nak angkat cerek air pun tak berdaya..kenapalah agaknya dengan tangan kiri aku ni.Masa mula-mula sakit tangan ini menyerang ingatkan sekadar terseliuh biasa atau pun aku salah tidur..rupanya berpanjangan..sakit lega seketika lepas opah urut..tapi kini kembali menyengat. Naik biru urat-urat di sekitar pergelangan tangan.
Seminggu sebelum aku tamat tugas, Kak Lia call dari Kelantan. Katanya cuti raya cina ni dia balik Perak. Bawa staffnya sekali.Cek Mek Molek dari Kelantan.Depa nak melawat Perak. KAk LIa pelawa ikut dia ke Pulau Pangkor. Tahun lepas kami ke Pulau Pangkor..pulau yang mendamaikan..aku juga pernah suarakan padanya ingin kembali lagi ke pulau ini bila kelapangan..Pucuk di cita ulam mendatang..Pelawaan ku sambut dengan hati gembira. Tapi bila dengar-dengar dua tiga hari berita di Tv tentang gegaran di semenanjung Sabah dan Sarawak..hati aku mula berbelah bahagi antara mahu pegi atau pun tidak.Segala urusan ke Pangkor semua Kak Lia telah selesaikan. Menanti hari je lagi ke sana.Semoga Allah lindungi kami dan permudahankan kami dalam segala urusan..Amen!
Rumah ku Syurga ku

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:43 AM
Sunday, February 06, 2005
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murah dilahirkan pada pertengahan 6 Masihi datang dari keluarga aristokrat Arab yang dihormati. Gadis pingitan ini dianggap sebagai bunga Quraisy kerana begitu banyak mata yang tertawan padanya tetapi tidak ramai yang berani mendekati kerana kedudukan keluarga mereka.
Kota Mekah tiba-tiba diserang bala, kemarau berpanjangan sehingga semua punca air hampir kering. Ketua puak Mekah, Abu Mutalib jadi bimbang, lantas bernazar sekiranya sumber tenaga Zamzam (yang sebelum itu dikambus puak Jurhum) berjaya ditemui, dia akan mengorbankan salah seorang anaknya.
Akhirnya punca telaga berjaya ditemui, nazar dibuat dan jatuh pada anak bongsu kesayangan yang baru berumur 18 tahun, Abdulllah. Anak itu dibawa ke pintu Kaabah dan ketika pisau dikeluarkan untuk menyembelihnya, saudara mara membangkang hasrat Abdul Mutalib. Sebaliknya mereka menyarankan agar hal itu dirujuk kepada tukang tilik Hijjaz di Khaibar.
Abdul Mutalib akhirnya akur. Utusan dihantar ke Khaibar untuk mendapatkan kepastian. Penduduk Mekah berdebar-debar menanti. Satu kota tahu, Abdullah adalah pemuda paling kacak di situ. Cahaya yang memancar di dahinya membuatkan ramai gadis yang gila bayang. Antaranya termasuklah Ruqaiyah Naufal, Fatimah Murr dan Laila al-Adawiyah yang terang-terang menyatakan perasaan dan menawarkan diri untuk menjadi isteri Abdullah.
UNDIAN DIBUAT
Tukang tilik di Khaibar membuat keputusan supaya Abdullah ditebus dengan sepuluh ekor unta di pintu Kaabah dan kemudian undian dibuat antara unta dengan Abdullah. Sekiranya nama unta yang keluar, selamatlah Abdullah tetapi jika nama Abdullah yang keluar, sepuluh ekor unta yang baru akan ditambah dan undian baru akan dibuat lagi.
Rombongan itu akhirnya kembali ke Mekah. Abdullah dan sepuluh ekor unta diletakan di hadapan Kaabah dan undian dibuat. Semua berharap undian akan jatuh pada tebusan Abdullah tetapi ia tetap keluar pada nama Abdullah. Sehingga bilangan unta yang ditambah genap 100 ekor, barulah undian jatuh pada tebusan Abdullah. Untuk menyakinkan orang ramai, tiga kali undian dibuat dan kali ini semuanya jatuh pada nama unta. Akhirnya anak muda itu dibebaskan dan orang ramai bersorak gembira menyambut 'kemenangan' itu.
Yakin sembahannya diterima tuhan berhala, Abdul Mutalib menyembelihkan semua unta yang ada dan dagingnya ditinggalkan untuk dikutip penduduk Mekah. Berita itu disebarkan ke seluruh Kota Mekah dan Aminah turut menerima berita itu dengan hati senang.
Utusan keluarga Abdul Mutalib telah ke kediaman Wahab bin Abdul Manaf untuk meminang anak gadis ketua Bani Zuhrah itu.
Berita keluarga Abdullah meminang Aminah membuatkan ramai gadis yang patah hati.Cahaya yang memancar di dahi Abdullah yang membuatkan ramai gadis jatuh cinta terhadapnya kini berpindah kepada Aminah selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Pada malam pertama perkahwinan mereka, Aminah bermimpi dia melihat satu cahaya muncul dari dalam dirinya, lalu menerangi alam sekitarnya.Terangnya cahaya itu sehingga dia dapat melihat istana-istana Kaisar di Rom dan ada satu suara menyerunya " Engkau mengandungkan pemimpin umat ! "
CAHAYA MENINGGALKANMU
Mimpi itu membuatkan dia teringat pada kata-kata seorang tukang tilik wanita berbangsa Quraisy, Saudak Bani Zuhrah al-Kilabiyah yang pernah memberitahu Bani Zuhrah, akan ada dikalangan mereka seorang pengancam ( atau bakal melahirkan pengancam.) Apabila ditanya siapa yang dimaksudkan dikalangan puteri-puteri Bani Zuhrah, wanita itu menunding ke arah Aminah.
Dia menceritakan kepada Abdullah, dan suaminya itu teringat dia pernah bertanya kepada Ruqaiyah mengapa wanita itu tidak lagi menawarkan dirinya untuk menjadi isteri Abdullah selepas Abdullah berkahwin dan jawab Ruqaiyah, " Cahaya yang ada padamu telah meninggalkan kamu. Kini aku tidak memerlukan kamu lagi."
Fatimah Murr ketika ditanya, juga memberikan jawapan hampir sama. " Aku bukan wanita jahat tetapi apabila melihat cahaya diwajahmu, aku ingin memilikimu. Namun Allah tidak mengizinkan dan memberikannya kepada orang yang dikehendaki." Sementara Laila al-Adawiyah berkata, "Dahulu aku melihat cahaya bersinar antara dua matamu, kerana itu aku harapkan kamu.Tetapi kamu menolak.Kini kamu mengahwini Aminah dan cahaya itu telah hilang."
Pasangan itu hidup bersama 10 hari sebelum Abdullah menerima tugasan daripada bapanya supaya mengikut kumpulan pedagang ke Syam. Aminah tinggal ditemani pembantunya, Ummu Aiman. Tetapi malangnya, Abdullah yang dalam perjalanan pulang telah diserang demam panas sehingga membuatkan dia terlantar di Yathrib.
Berita itu disampaikan kepada Aminah dan selang beberapa hari kemudian, menyusul berita kematian Abdullah, dalam usia yang terlalu muda, 18 tahun, dan tidak sempat bertemu isterinya buat kali terakhir, yang ketika itu
sudah hamil.
SAAT MELAHIRKAN
Beberapa bulan kemudian, Mekah digamatkan dengan ancaman serangan oleh Raja Abrahah yang mahu merobohkan Kaabah. Penduduk tidak berupaya mempertahankan rumah Allah itu lantas melarikan diri keluar kota. Mereka pasrah bahawa " Rumah itu ada Tuannya, Biarlah ia dilindungi oleh Tuannya sendiri daripada musuh." Akhirnya dengan kuasa Allah, Sekawan burung Ababil dihantar untuk menyerang tentera bergajah itu.
Musnahnya tentera Abrahah menjadi bualan ramai. Ketika itu Aminah merasakan dia sudah hampir melahirkan anaknya. Akhirnya pada subuh , Isnin Rabiul Awal pada tahun Gajah itu, Aminah selamat melahirkan anaknya dengan dikelilingi cahaya-cahaya dari segenap sudut alam. Pada sebelah paginya Abdul Mutalib diberitahu mengenai kelahiran cucunya, yang lahir dalam keadaan luar biasa, "Keluar dalam keadaan sujud, kemudian dia mengangkat kepala ke langit."
Selama beberapa tahun anaknya Muhammad yang mirip wajah Abdullah dipelihara oleh Halimah as-Saadiah diluar Mekah. Anaknya berusia enam tahun apabila Aminah teringin hendak menziarahi kubur suaminya di Yathrib. Bersama Ummu Aiman dan Muhammad, mereka menumpang satu kalifah yang ingin ke Syam sehingga tiba di rumah saudara-mara di Yathrib.
Kiranya itulah perjalanan terakhir untuk Aminah. Selepas menziarahi pusara suami, dalam perjalanan pulang antara Mekah dan Madinah, dia jatuh sakit dan meninggal dunia di situ.
Dia pergi tanpa meninggalkan apa-apa. Hanya satu harta yang paling berharga yang ditinggalkan iaitu Muhammad yang 34 tahun kemudian muncul sebagai utusan Allah yang agung.
AMINAH Si Bunga Quraisy.

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 4:24 PM
Saturday, February 05, 2005
Sebaik-baik Wanita
Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa dia bersabar : yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan yang mentaatimu bila kamu menyuruhnya..~ hadith
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:40 PM
Friday, February 04, 2005
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi..
HAri ini cukup sebulan sehari aku berkhidmat di SMKDAST..seperti biasa ada pengalaman baru yg aku kutip setiap kali aku ditugaskan mengajar.Kali ini aku ditugaskan pada pembukaan awal tahun baru persekolahan.Ditambah tugas sebagai guru tingkatan memang suatu tugas yg belum pernah aku lakukan.Kalau sebelum ini aku membereskan tugasan selaku guru kelas tingkatan 1 makmur dan 1 harmoni bg penghujung tahun persekolahan..namun kali ini berbeza.Seperti yang aku katakan..aku lelah..terlalu penat menguruskan hal pendaftaran pelajar tingkatan satu yang baru masuk ke alam menengah. Segalanya perlu aku atur..Dari pengurusan kecerian kelas hingga lah kepada perihal pelajar dan tugasan perkeranian..sedang mengajar di tingkat tiga bangunan sekolah blok c..terpaksa pula bergegas ke blok A apabila ada ibu bapa yang datang menjelaskan yuran anak mereka dibawah jagaan aku selaku guru tingkatan..keringat menyimbah..berlari anak ke sana ke sini.Kali ini aku belajar bagaimana berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga pelajar. Maklum lah awal tahun, banyak perkara yang perlu diselesaikan.Begitulah aku dalam 3 minggu pertama di SMKDAST. Namun khidmat aku di sini tidak lama..segalanya aku langsaikan sebaik mungkin bagi memudahkan guru asal sekembalinya dari mengerjakan ibadah di tanah suci Mekah. Namun aku puas berkhidmat di sini..aku cukup selesa..jiwa ku tenang dan bahagia..mengimbas kembali kedatangan aku di SMKDAST aku di sapa mesra guru-gurunya..aku terasa kedatangan aku disedari dan diterima senang oleh mereka..menjenguk ke kelas..muka-muka comel menyambut dengan senyuman..dengan bilangan mereka yang agak ramai..dalam hati berkata, "mampukah aku mengawal kelas seramai ini pelajarnya.." alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dengan dibantu oleh ketua tingkatan dan penolongnya yang sentiasa bekerjasama..segalanya mudah. Tingkatan 1 Bestari..kelas kedua dari lima buah kelas tingkatan satu di SMKDAST. Boleh dikatakan pelajar yang boleh belajar dan mampu belajar dengan baik. Pelajar cerdik..Alhamdulillah..cuma satu masalah dengan kelas aku ini..terlalu banyak mulut..tak terlayan aku..cuma apa yang ingin aku kongsi disini ialah suasana keakraban dan penghargaan pelajar di sini yang membuatkan aku terharu..sungguh terharu. Sebelum ini aku pernah bertugas di sebulah sekolah menengah yang boleh di katakan berada dalam kawasan bandar..suasana yang cukup berbeza.Tidak seperti apa yang aku rasa disini..mampu aku menangis dek anak-anak didik aku di SMKDAST ini. Walaupun sekejap cuma aku bersama mereka..namun nilai menghargai dalam diri mereka terlalu tinggi..ermm..niatku hanya satu..membantu sekadar termampu,dan apa yang ku beri bukan untuk dibalas..cukuplah dengan pergunakan ilmu yang ku beri ke jalan yg membawa kebaikan pada diri mereka..Buat anak didik 1 Bestari..cikgu sayang kalian..kalian sentiasa di ingatan..di hati..terima kasih atas pemberian kalian..cikgu benar-benar terharu..Majlis mengejut petang tadi juga membuatkan aku benar-benar sebak..namun kuat ku tahan agar tidak terlihat kegundahan hati.Terima kasih semua..
Pemberian Yang Tidak Di Minta Balas

- Asmidah
- Azian
- Fauzi --> Nakal Amat!!
- Haris
- Luqman
- Kamarul
- Maisarah
- Mas
- Meor
- Al -Amin
- Mohd Nor
- Zaini
- Azri
- Adha ---> paling nakal, x leh lupa punya lah!!
- Nadzir --> Lagi sorang nakal!
- Ramdan
- Faizul
- Nabil
- Nazrul
- Hilal
- Ameera
- Asikin
- Nizam
- Syafira --> pendiam Amat!
- Nur Aida --> tegas!
- Nurdini --> comeii
- Hidayah Musa
- Hidayah Zulkifli
- N. Kamaliah
- Liyana
- Nadia
- Nadiah
- Syamimi
- Nurinnajihin
- Qalbi
- Raja Shuhada
- Sharifatul
- Sharifah
- Siti
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:25 PM
Mengapa diriku disisih begini,
Dibiar hanyut di tengah badai bergelombang,
Sedangkan diriku tak mampu menyandar,
Alangkah hinanya diri dipandang mereka,
Kecewa dengan mainan dunia,
Ditikam kebencian manusia,
Kerana aku insan berbeza,
Siapa sebenarnya memahami,
Siksa derita yang ku tanggung,
Semdirian tak berteman meniti arus kehidupan,
Begitulah perjalananku,
Siapa sebenarnya memahami ,
Bila kesedihan bertahun,
Berlinangan airmata membentuk butiran mutiara,
Menghiasai kamar hatiku,
Ku yakini balasan Ilahi Syurgawi,
Membasuh segala kesedihan di hati,
Tersemai titik ketenangan selalu,
Suci bersama Iradat Izzati..
Asing..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:37 PM
Wednesday, February 02, 2005
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Segalanya bermula hanya dengan mainan kata-kata..bersahaja dan tidak bersungguh..tetapi seringkali diulang-ulang.."Aku rasa aku nak jadi cikgu la pas abis study ni.." gitu la bila teman-teman bertanya..walaupun hakikatnya..boleh ke aku jadi cikgu. Betul ke nak jadi cikgu.!!Kini semuanya kenyataan.Bertitik tolak dari kata-kata yang selalu dituturkan.Kerjaya guru yang di anggap selama ini sebagai kerjaya mudah nampaknya tidak seperti yang disangkakan.Setelah mendepani bidang ini segalanya kini terbuka luas di mata. Ya..tidak semudah yang disangka ramai.Cabaran yang mendatangi makin besar,kesabaran dan ketabahan hati yang tinggi perlu.Mendidik anak zaman ini jauh benar bezanya.Walau aku sendiri lahir dlm era 80'an, namun perwatakan dan pembawakan generasi zaman ini begitu menyesakkan hati.Ditambah lagi dgn bebanan tugasan pekeranian yg perlu diselesaikan makin mengurangkan masa senggang seorang guru.Segalanya aku pelajari..lelah rasanya..namun segalanya harus dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.Hanya kata kunci ini yang aku pegang, Ikhlas keranaNYa..tiada lain.Buat anak-anak didik..hanya ilmu sedikit cuma ini yg mampu aku berikan,juga sedaya mungkin aku berikan pada kalian..Moga pergunakan ke jalan kebaikan..keletah dan gelagat kalian yg sentiasa mencuit hati sentiasa bersama cikgu..:)
Kata-kata yang menjadi Doa..