Peluang Kali Kedua
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...
Tika sibuk saya mengemas dapur, hati berdetik terkenangkan seorang sahabat yang uzur. Sahabat saya yang banyak memberi pendapat dalam pelbagai segi.Juga tempat saya meluah keluhan rasa terhadap pelbagai isu.Saya mengenali sahabat ini ketika saya menuntut di Shah Alam.Dia bagi saya seorang anak muda yang mempunyai potensi jauh dalam bidang yang dilibatnya.Seorang bekas penuntut jurusan undang-undang.Pernah bertugas sebagai wartawan disebuah syarikat majalah dalam negara.Saya menyenangi sikapnya yang agak terbuka dan seorang pendengar yang baik bagi saya.Selepas saya menamatkan pelajaran, kami tidak pernah lagi bersua.Cuma masih bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas.Saya masih ingat utus khabar yang diberikan saya sebelum sahabat saya ini menerima ujiannya."Aku sihat,sekarang aku keja wartawan kat majalah XXXX.Nanti ko tgk la kat kedai!" - dah keja rupanya sahabat aku ni.
Namun satu petang, saya dikejutkan dengan berita sahabat saya ini diserang stroke! Bagaikan tidak percaya saya mendengarnya. Dalam usia semuda itu dia menerima dugaanNya. Ditambah lagi keadaan yang diberitakan, lumpuh sebelah badannya. Sedih saya mendengarnya.Saya hanya mampu berdoa. Sepanjang dia menerima rawatan di Hospital Klang saya tidak berkesempatan melawatnya. Hingga ke hari ini saya masih belum melawatnya.Melihat sendiri keadaannya.Cuma saya masih berutus khabar melalui khidmat pesanan ringkas.Saya pernah membuat panggilan, tetapi tidak pernah berjawab!!
Hati kuat terkenangkan sahabat ini..aku cuba mendail no handphonenya..sekadar mencuba....................
+ Hello..
- Assalamualaikum ( bagai tidak percaya )
- Hello..
+ Ulya ni...P ke tuh..????
- Ya..
+ Dah sihat ye..
- Alhamdulillah..
+ Dah boleh jalan ke?
- Boleh dah
+ Alhamdulillah ( saya benar-benar sebak ketika ini)
- Kat ipoh ye skang ni?
+ A'ah kat ipoh la ni..rajin-rajin makan ubat ye..
- Terima kasih..
Betapa saya sungguh tidak menduga..panggilan telefon saya bersambut hari ini..Setelah sekian lama saya tidak mendengar suaranya. Dan saya juga benar-benar bersyukur sahabat saya ini bertambah baik keadaanya.Sudah mampu berjalan di mana pada asalnya dia lumpuh sebelah badannya dan tidak mampu bertutur dengan sempurna.Segalanya atas KuasaMu.Bagi saya sahabat saya ini beruntung kerana masih diberiNya peluang kali kedua.Tidak semua kita diberi peluang sebegini..peluang untuk memperbaiki diri.Menginsafi betapa Allah itu mempunyai Hak segala Hak..jika diberinya kita hari ini nikmat, mungkin esok lusa di tariknya kembali..saya menerung diri..sudah bersediakah saya..andai hari esok saya di ambilNya..tanpa bekalan cukup sempurna menemuiNYa....mahu menanti peluang kedua?? Sudah terlambat......
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:24 AM
Bismillahirrahmaanirrahim...
Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah ,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana ,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.....
Ya Rabbul Izzati ,
Jika aku rindu ,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan Mu....
Ya Allah ,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah ,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu ,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....
Ya Allah ,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMu.... .
Amin.....

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:00 AM
Thursday, March 03, 2005
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Dalam senyum tawa yang saya berikan, sebenarnya saya menyimpan sejuta kekecamukkan dalam hati saya.Saya juga tidak mampu mengawal amarah saya..Lalu saya lemparkan dengan sesuka hati. Tanpa mengira kesan dari amarah saya.Ada hati yang terluka. Namun saya pekakkan telinga, keraskan hati..semakin meninggi ego saya..saya tidak sangka sebegini kejam diri saya.Bila emosi mendominasi diri saya hilang pertimbangan.Segala usaha penyelesaian saya buntukan..tiada penyelesaian.Entah mengapa dan dari mana datangnya amarah yang tidak berkesudahan dalam diri saya ini.Saya sendiri pun tidak tahu. Apa yang saya mahukan sebenarnya..Kelemahan saja yang saya nampak dalam setiap segi.Ya Allah..saya tidak mahu terus-terusan dalam keadaan jiwa dan hati yang tidak tenang..amarah yg terus-terusan bergelora di hati..
"Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskan pelampiasannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)
Bila Emosi Mendominasi Diri..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:04 AM
Wednesday, March 02, 2005
Setelah saya menolak tawaran mengajar di sebuah sekolah berasrama tempoh hari, saya masih belum menerima sebarang panggilan dari pihak pengurusan. Penolakan saya yang berpunca dari masalah keluarga dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan..hari ini sama masih terus menunggu. Menurut kata Pn R, mungkin dalam akhir bulan Mac atau bulan April barulah kekosongan..Fuhh..nampaknya lagi lamalah saya bertapa di rumah.Kelmarin juga mak ada memberikan borang jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri..ermm..kalau dapat mmg bagus.Tangga gaji yang agak selesa dan juga paling tentu tugasannya juga sesak...kata mak yang sudah bertugas di sana hampir 30 tahun." Senang ke nak dapat ni Mak" soal saya. " Kita usaha..selebihnya kerja Allah". balas mak seperti biasa.Isi je laa.." Apa ni???" Soal kakak saya apabila melihat saya kusyuk meneliti borang. " Borang LHDN!!" balas saya sambil memerhatikan dia yg baru pulang dr kerja. " Nak apply jugak la" katanya selamba. "Nanti kalau dapat senang nak pegi keja sama-sama, hehe.."..- Macam senang nak dapat..detik hatiku.
Tolak Tawaran..

**************************************
Lagu ni dah lama tapi saya je yang baru dengar..best juga bila layan..rentak rancak..boleh senam robik..hehe.. 

Artis : D-VALagu : Aku, Dia dan KamuLagu/Lirik: Ike/Broadway Entertainment (M) Sdn. Bhd
Betapa bodohnya diriku
Mau diduakan dirimu
Namun bila hati berbicara
Aku sayang padamu
Kau takkan pernah tinggalkannya
Di hatimu cuma dia
Tetap juga kau inginkan ku
Kini apa dayaku
Putuskan dia, oh, kasih
Agar ku tak disaingi
Sungguh ku benci
Dirimu yang tak bisa memilih
Namun harus kuakui
Sukar untuk lepaskanmu
Akhirnya aku undur diri
Demi dia dan kamu
Betapa bodohnya kau
Mau diduakan dirimu
Namun bila Hati bicara
Aku Sayang padamu
Bila saja terus terang
Apa yang kau ingin
tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:21 PM
Tuesday, March 01, 2005
WAHAI DIRIKU..Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali-sekala.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berhubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.
Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatuur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda-berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.
Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura-pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura-pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton-penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikay dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.
Allah bersumpah demi kebesaran dan keagunngan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi-saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbelalak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turt melihat aib-aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.
Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang-kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?
Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di duani telah lupa daratan. Kau tolak mentah-mentah dan bulat-bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan-anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba-tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimi dirimu. Ah...malangnya engkau.Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.
Timah cair yang menghanguskan tengku dan segala-galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.
Kalau benar-benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarng, baik mahu juga,sedangkan kejahatn pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas.
Berterus-teranglah dalam hidup. Jangan sembunyi-sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul-betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty-fifty’ ( 50-50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat-kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.
-Ibnu Muadz
Gelap Hati Kerana Maksiat

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:17 PM
Di dalam kitab Hayaatul Hayaawaan, Ad Damiri berkata bahawa Ali bin Abi Talib r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda :
Hak muslim atas muslim itu ada tiga puluih, seseorang muslim tidak terlepas darinya kecuali dengan menunaikannya atau memaafkannya
Hak-hak muslim itu adalah sebagai berikut, iaitu:
1. Memaafkan kesalahan
2. Belas kasihan atas dukacita manusia muslim
3. Menutup rahsia seseorang
4. Bersikap menerima atas penyesalan sesama muslim
5. Tidak mendengar orang mengumpat
6. Suka memberi nasihat pada jalan yang diredhai Allah
7. Menjaga urusan sesama muslim
8. Memelihara janji
9. Melawat manusia muslim yang menderita sakit
10. Menghantar jenazah
11. Menyahut panggilan muslim
12. Sudi menerima pemberian atau hadiah
13. Membalas pemberian
14. Bersyukur atas pemberian
15. Melakukan hal yang baik dalam rangka menolong sesama muslim
16. Menjaga kehormatan seorang muslim
17. Menolong memenuhi keperluan sesama muslim
18. Dengan lapang hati menerima pertolongan
19. Tidak mengabaikan tujuan atau maksud seseorang muslim
20. Menjawab pertanyaan
21. Menegur dengan bai kesalahan seseorang muslim
22. Menjawab salam
23. Bercakap baik sesama muslim
24. Menghargai pemberian
25. Membenarkan sumpah seseorang muslim
26. Menolong dalam keadaan menganiaya iaitu menolaknya dari keaniayaan itu dan menolongnya dalam keadaan teraniaya iaitu membantunya untuk mendapatkan hak-haknya
27. Berkawan baik sesama muslim dan tidak bermusuhan
28. Tidak merendahkan dan tidak menghina
29. Suka pada kebaikan yang dilakukan oleh manusia muslim sepertimana ia suka kebaikan yang dilakukannya
Selanjutnya Ali Abi Talib r.a. berkata bahawa dia mendengar Rasullah SAW bersabda:
Bahawa di antara kamu terdapat seseorang yang meninggalkan hak-hak saudaranya, maka di hari kaimat kelak dia akan diminta pertanggungjawabnya.
Hak Muslim Atas Muslim