Friday, March 04, 2005
Peluang Kali Kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...

Tika sibuk saya mengemas dapur, hati berdetik terkenangkan seorang sahabat yang uzur. Sahabat saya yang banyak memberi pendapat dalam pelbagai segi.Juga tempat saya meluah keluhan rasa terhadap pelbagai isu.Saya mengenali sahabat ini ketika saya menuntut di Shah Alam.Dia bagi saya seorang anak muda yang mempunyai potensi jauh dalam bidang yang dilibatnya.Seorang bekas penuntut jurusan undang-undang.Pernah bertugas sebagai wartawan disebuah syarikat majalah dalam negara.Saya menyenangi sikapnya yang agak terbuka dan seorang pendengar yang baik bagi saya.Selepas saya menamatkan pelajaran, kami tidak pernah lagi bersua.Cuma masih bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas.Saya masih ingat utus khabar yang diberikan saya sebelum sahabat saya ini menerima ujiannya."Aku sihat,sekarang aku keja wartawan kat majalah XXXX.Nanti ko tgk la kat kedai!" - dah keja rupanya sahabat aku ni.
Namun satu petang, saya dikejutkan dengan berita sahabat saya ini diserang stroke! Bagaikan tidak percaya saya mendengarnya. Dalam usia semuda itu dia menerima dugaanNya. Ditambah lagi keadaan yang diberitakan, lumpuh sebelah badannya. Sedih saya mendengarnya.Saya hanya mampu berdoa. Sepanjang dia menerima rawatan di Hospital Klang saya tidak berkesempatan melawatnya. Hingga ke hari ini saya masih belum melawatnya.Melihat sendiri keadaannya.Cuma saya masih berutus khabar melalui khidmat pesanan ringkas.Saya pernah membuat panggilan, tetapi tidak pernah berjawab!!
Hati kuat terkenangkan sahabat ini..aku cuba mendail no handphonenya..sekadar mencuba....................
+ Hello..
- Assalamualaikum ( bagai tidak percaya )
- Hello..
+ Ulya ni...P ke tuh..????
- Ya..
+ Dah sihat ye..
- Alhamdulillah..
+ Dah boleh jalan ke?
- Boleh dah
+ Alhamdulillah ( saya benar-benar sebak ketika ini)
- Kat ipoh ye skang ni?
+ A'ah kat ipoh la ni..rajin-rajin makan ubat ye..
- Terima kasih..

Betapa saya sungguh tidak menduga..panggilan telefon saya bersambut hari ini..Setelah sekian lama saya tidak mendengar suaranya. Dan saya juga benar-benar bersyukur sahabat saya ini bertambah baik keadaanya.Sudah mampu berjalan di mana pada asalnya dia lumpuh sebelah badannya dan tidak mampu bertutur dengan sempurna.Segalanya atas KuasaMu.Bagi saya sahabat saya ini beruntung kerana masih diberiNya peluang kali kedua.Tidak semua kita diberi peluang sebegini..peluang untuk memperbaiki diri.Menginsafi betapa Allah itu mempunyai Hak segala Hak..jika diberinya kita hari ini nikmat, mungkin esok lusa di tariknya kembali..saya menerung diri..sudah bersediakah saya..andai hari esok saya di ambilNya..tanpa bekalan cukup sempurna menemuiNYa....mahu menanti peluang kedua?? Sudah terlambat......

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 12:24 AM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah ,Jika aku jat...
Bila Emosi Mendominasi Diri..
Tolak Tawaran..
Gelap Hati Kerana Maksiat
Hak Muslim Atas Muslim
Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua pihak..s...
4 Cara Kenali Keaiban Diri
Peringatan Besar Buat Wanita
Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kr...
Kekasih atau Sahabat


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics