Rumah ku Syurga ku
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Telah dua hari aku kembali di rumah..melangsaikan tugasan rumah yang ditinggalkan lama dek kesibukan seisi rumah dengan rutin harian masing-masing..pagi menjengah seluruh isi rumah keluar menuju destinasi sendiri.Kini segalanya harus aku lalukan..dan..tugasan utama semestinya MEMASAK..!! Memang kalau kat rumah ni takde muka lain dah..mak mesti target aku lah..tak kisahlah..esok-esok bila dah jadi isteri orang tak lepas dari tugasan tu pun kan..dunia harian ku semakin membosankan bila di rumah..ini bermakna laptop abah ni akan ku hurung sekerap yg mungkin..bila dah biasa ke sekolah membuatkan aku tak betah duduk di rumah. Segalanya serba tak kena..Asyik ingat sekolah je..takpelah bersabar buat seminggu dua ini. Aku juga yang malas nak melaporkan diri secepat mungkin di PPD.Konon-kononnya disamping berehat niat dihati nak jaga rumah..nak bersihkan rumah.Kelmarin janji ngan mak nak mop lantai, tapi apakan daya, sakit di tangan kiri kembali menyerang Ahad lalu..sampaikan nak angkat cerek air pun tak berdaya..kenapalah agaknya dengan tangan kiri aku ni.Masa mula-mula sakit tangan ini menyerang ingatkan sekadar terseliuh biasa atau pun aku salah tidur..rupanya berpanjangan..sakit lega seketika lepas opah urut..tapi kini kembali menyengat. Naik biru urat-urat di sekitar pergelangan tangan.
Seminggu sebelum aku tamat tugas, Kak Lia call dari Kelantan. Katanya cuti raya cina ni dia balik Perak. Bawa staffnya sekali.Cek Mek Molek dari Kelantan.Depa nak melawat Perak. KAk LIa pelawa ikut dia ke Pulau Pangkor. Tahun lepas kami ke Pulau Pangkor..pulau yang mendamaikan..aku juga pernah suarakan padanya ingin kembali lagi ke pulau ini bila kelapangan..Pucuk di cita ulam mendatang..Pelawaan ku sambut dengan hati gembira. Tapi bila dengar-dengar dua tiga hari berita di Tv tentang gegaran di semenanjung Sabah dan Sarawak..hati aku mula berbelah bahagi antara mahu pegi atau pun tidak.Segala urusan ke Pangkor semua Kak Lia telah selesaikan. Menanti hari je lagi ke sana.Semoga Allah lindungi kami dan permudahankan kami dalam segala urusan..Amen!