Saturday, January 15, 2005
Seusai Usia Senja..

Baru kesempatan menjenguk blog. Sedikit catatan ingin di kongsi malam ini..sebenarnya baru sampai dr kampung menziarahi atuk dan opah di kampung..tercalit riang di wajah yang bergaris seribu menyambut kedatangan anak dan cucu..dalam hati berkata sendiri.." Sonok benar Opah kami pulang.." sejak kebelakangan ini kami kerap pulang ke kampung menziarahi mereka..tampak benar semakin uzurnya mereka kini..kalau dulu masa tenaga masih kuat..tangan itu jugalah yang pernah mendodoikan aku bersama alunan zikirnya yg tersendiri..aku pernah dibesarkan di kampung seketika dulu memandangkan mak masa itu bekerja dan tiada untuk menjaga kami ( saya dan kakak ) Bergegas opah ke dapur menanak nasi..sangkanya kami bermalam di kampung..tapi memandangkan banyak urusan di rumah belum diselesaikan kami tidak bermalam di rumah opah..waktu makan, perut masih kenyang..opah terlalu beriya-iya mengajak makan bersama..mahu tak mahu makan sedikit demi menjaga hatinya..
Apa yang aku perhatikan..opah banyak bercerita itu dan ini..dan meluahkan itu dan ini..emak seperti biasa menjadi pendengar setianya..dan apa yg aku perhatikan juga..pada usianya begini opah terlalu perasa. Kalau ada yg tak kena dia mudah aje terasa. Contohnya bila aku tak mahu makan..opah dah mula berubah air mukanya..dan bila ada anak menantu yang tak balik menjenguk..perasaannya mudah sangat tersinggung..katanya.. "aku dah tua..takde siapa yang peduli lagi pada orang tua macam aku ni.." Sebak pula mendengarnya..Niat di hati..selagi opah ada..aku akan gunakan seusai waktu senjanya sebaik mungkin..penuhi mana yang termampu menyenangkan hati mereka..bukan semua org berpeluang marasai hangat kasih seorang opah dan atuk..mengenangkan layanan yang diberikan walaupun kudrat tidak sedaya mana lagi..membuatkan rasa kasih terlalu kuat buat mereka..tidak mahu rasanya kehilangan insan yang aku sayangi ini..Ya Allah..berkati hidup mereka ini..kau berikan mereka kekuatan untuk terus menjalankan tugas sebagai hambaMu..sebagai pengisi usia senja yang bila-bila masa saja akan Kau jemput menghadapMU..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:35 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Anugerah Kebahagiaan..
Mimpi Yang Tak Sudah..
Terima Kasih..
hope you like this


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics