Friday, January 14, 2005
Anugerah Kebahagiaan..

Rasulullah s.a.w menjanjikan 'thuba' (kebahagiaan) bagi anak-anak soleh yg. suka berbakti dan melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Kebahagiaan dia atas dunia lagi, bahkan kebahagiaan yg hakiki di syurga nan abadi. Kebahagiaan yang tidak boleh dijual beli. Kebahagiaan anugerah Rabbul 'Izzati. Hidup yg bahagia adalah hidup yang penuh kedamaian dan ketenangan, tiada kecelaruan, keserabutan dan ketegangan. Inilah kebenaran hidup anak-anak yang soleh dan solehan..

Martabat Ayah Bonda
Ibu bapa adalah peyebab lahirnya kita ke dunia ini. Mereka insan yang sangat mulia dan berjasa. Tanpa mereka siapalah kita. Mulianya mereka sehingga Allah s.w.t telah meletakkan redhaNya ke atas setiap hambaNya berdasarkan redha kedua-dua ibu bapa. Manakala kemurkaan Allah adalah berdasarkan kemurkaan mereka juga..

Kebaikan Yang Dituntut
Melakukan kebaikan kepada ibu bapa itu dituntut sebanyak-banyaknya, baik di dalam kata-kata, doa, perbuatan mahupun sikap, sama ada ibu bapa kita masih di kandung hayat atau sudah meninggal dunia. Tidak kira sama ada mereka seorang muslim atau bukan. Firman Allah taala:"...dan Tuhanmu ( Allah ) telah menetapkan bahawa janganlah ( kamu ) menyembah melainkan kepada-Nya dan kepada kedua-dua ibu bapa hendaklah berbuat baik".

Ganjaran Anak Soleh
Antara kebahagiaan bagi ibu bapa yang terbukti di dunia lagi ialah Allah s.w.t menganugerahkan kepada mereka anak-anak yang soleh dan solehan, sebagaimana mereka pernah menjadi anak yang soleh dan solehan kepada kedua-dua ibu bapa mereka..


* Tanpa mereka yang bergelar ayah dan ibu kita tiada di sini..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 1:16 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Mimpi Yang Tak Sudah..
Terima Kasih..
hope you like this


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics