Tempat Ku Bukan Di sini..
Petang tadi..setiba saya di Dataran Budi itu..saya diserbu oleh beberapa orang pelajar saya..
" Cikgu...cikguu....cikguuuuuuu..."
" Ya sayaa...Assalamualaikum..sihat semua..?" sambil bersalaman bersama mereka..
" Rindunya kami pada cikgu..Makin lawa jer.." ayat paling saya tak tahan nak tergelak...
" Cikgu nak pegi mana ni..cikgu datang ajar kami balik yer.."
" Saya nak ke ofis sekejap..ada hal skit..nanti kita jumpa sekejap lagi.." Saya bergegas ke ofis sekolah bertemu pengetua atas beberapa urusan..saya tidak mahu berlama di sini..hati saya sayu..
" Cikgu...cikgu dah nak balik yer..jangan la balik lagi..ajar la kami di sini.." sambil beberapa orang antara mereka memegang tangan saya..( situasi begini la yang paling saya tak tahan )
" Ermm..tak boleh la sayang..kamu semua dah ada cikgu baru kan..belajar rajin-rajin.Tugas dan perjalanan saya hanya di sini.."
" Cikgu baru garang cikgu.." sambil di sambut dengan persetujuan pelajar lain.." Kami tak suka..selalu kata kami bodoh..kami nak cikgu mengajar kami.."
Termanggu aku seketika..terpana..BODOH??...
" Ermm..cikgu garang sebab kamu semua tak dengar cakap cikgu nih ye? Saya pun garang apa...? Tak baik kita tak suka cikgu..mereka memberi kamu semua ilmu.Tak berkat nanti apa yang diberi..Mungkin dia ada masalah, kamu semua buat hal plak..marah lah cikgu tu..cikgu pun selalu berasap telinga kannn...haaa..hehehe..Saya nak balik ni..jangan nakal-nakal..!"
Kami saling bersalaman..Beberapa antara mereka mencium tangan saya..satu situasi yang membuat saya bertambah terharu..tapi saya simpan..dan akhirnya...................................................." Kami sayang cikgu..!!" Jatuh jua...
* Langkah kaki harus terus..!