Wednesday, July 20, 2005
Mengharap Sinar Berpanjangan...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..segala Pujian buatMu Ya Rabbi..saya sesungguhnya amat bersyukur dan terharu..ibu kembali sihat seperti sediakala..Namun perhatian dan tumpuan perlu diberikan sepenuhnya kepada ibu..terutamanya dari segi soal hatinya yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya..Membawa ilusi ibu ke alam baru..membina hidup berkeluarga yang lebih harmoni dan bahgia..dan harapnya ibu kembali memperolehi ketenangan dan kesejahteraan hati dan jiwanya kembali..Ibu..kami gembira ibu kembali..dan kami begitu merindui seukir senyum mu yang bisa meredakan resah kami selama ini..dan jika sebelum ini kami begitu menantikan sinar yang terpancar dari redup mata mu ibu..kini sinar itu begitu menyinar..setiap kali mata kita bertaut ibu..dan senyuman mu ibu..menambah kuat semangat kami untuk meneruskan kembali perjalanan hidup ini..TERIMA KASIH TUHAN..

Di saat ibu diUji..saya juga menerima pelbagai tekanan dalam urusan tugas seharian..walau pada mulanya saya seakan jatuh terjelepuk saat ibu kehilangan dirinya..namun Alhamdulillah..berkat dorongan dan semangat yang diberikan oleh teman-teman..saya bangun, bertatih untuk berjalan sendiri..mendepani segala yang mendatang..tugas di sekolah datang mengasak..menyempitkan ruang rehat ..manakan terkejar segala yang menanti di rumah. Dengan keadaan ibu yang tidak menentu kesihatannya..membuatkan saya tiap detik menangis sendiri..Namun..benar katanya, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Rentetan sejarah yang bagi saya tidak mahu ia kembali..saya kini lebih tegar dalam perjalanan destinasi kehidupan. Saya lebih tabah..lebih berdikari dan lebih matang dalam setiap sekecil perkara yang perlu dan akan diambil dalam kehidupan kini dan mendatang. Tiada apa yang lebih mengembirakan saya ialah..saya kini lebih bahgia..kunci segala-galanya dalam hidup..bila hati dan jiwa BaHaGia..segala-galanya INDAH dan BERMAKNA..

tulips by Nama Saya Binti Abah Saya at 11:11 PM
Comments: Post a Comment


Archives
Red Tulip
January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 November 2007 May 2008 June 2008

Did you miss?
Menanti Mentari Menyinar Ceria
Mendung Yang Menjelma
Peluang Kali Kedua
Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah ,Jika aku jat...
Bila Emosi Mendominasi Diri..
Tolak Tawaran..
Gelap Hati Kerana Maksiat
Hak Muslim Atas Muslim
Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua pihak..s...
4 Cara Kenali Keaiban Diri


Navigate


Friends




Powered by
Movable Type

Designed by sarah of
Glen Road Girls

Image courtesy of
Pix Pics