Kecamuk Hati
Sejak awal ke sekolah tengah hari tadi kepala berdenyut-denyut. Cuaca terik sepanjang hari.Saya ditugaskan mengawasi 3 buah kelas peperiksaan hari ini.Memang padat dan berturut-turut menyebabkan saya tiada kesempatan untuk menjamah makanan petang tadi.Hanya punyai peluang untuk bersolat..saya faham dan sedia akur, beginilah adatnya sebagai orang baru.Mula dari kelas pertama dengan bahang yang amat terasa, kepala saya bertambah sakitnya..mengantuk..ya itulah juga keadaan saya sepanjang menjaga kelas peperiksaan hari ini..ahh..bukan hari ini sahaja..malah setiap kali waktu mengawasi kelas peperiksaan memang membosankan.
Hati dari semalam lagi menantikan satu khabar gembira dari sana.Menanti agar ada sedikit sinar harapan yang membolehkan saya menongkat dan mengumpul impian demi impian agar terus tercapai.Saya berdoa di dalam hati..walau setiap detik dan langkah kaki saya hari ini penuh dengan debaran menanti sebuah jawapan yang begitu saya inginkan.Mata jarum jam diteliti tiap tika.Tidak sabar rasanya menanti jawapan kepada soalan yang diajukan.
Sesi persekolah berakhir..kepala masih berdenyut deras.Seakan ingin saja saya hantukkan ke dinding.Berehat seketika barang melepas lelah seharian. Sejurus selepas saya menyegarkan badan, panggilan yang begitu saya nantikan menambah debaran dihati.Dihujung sana..getar bicara masih seperti biasa.Saya masih menyimpan debar......
(= Minta maaf...
(+ Maaf untuk apa?
(= Untuk ketidaksempurnaan pada diri
(+ Tidak mengerti sama sekali
(= Kegembiraan yang dinanti tidak ada kini
(+ Cukuplah. Mengerti kini. Tiada usaha yang jitu.
(= Terbaik telah diberikan..
(+ Saya kecewa!!!
Remuk redam hati tidak tahu bagaimana untuk dikatakan. Seribu satu bayangan kekecewaan muncul di depan mata. Tiada lagi harapan yang saya hamparkan kini. Saya mungkin pentingkan diri sendiri..pendakwaan tanpa belaan..Namun ketahuilah...saya kecewa! Kini..kepala ku makin pusing seligat pusingan kipas yang diputar 5 kelajuannya..